Turun Lagi 300g

Walaupun orang yang sedang diet tak digalakkan selalu timbang, tapi saya tetap nak timbang jugak.

Setiap pagi saya akan timbang.

Kalau berat turun, saya akan berasa gumbira dan saya akan citer pada semua orang yang rapat. Dan mulalah ada sedikit perasaan nak ngelat. Hehehe..

Kalau berat naik, saya akan rasa sedikittttttttt stress, dan saya akan lebih bersemangat nak berdiet pada hari tersebut.

Tapi kalau tak turun-turun selepas beberapa hari, memang rasa gerammmm je kan. Rasa nak mengamuk.

Berbalik pada tajuk, Alhamdulillah pagi ni berat turun lagi sebanyak 300g.
images-6

Sekarang saya baru je diet dalam 4 minggu. Dan saya je yang rasa perubahan tu.

Nak teruskan lagi untuk sehingga 24 minggu. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *