Tak Larat

Selepas seharian berkursus, sampai rumah, rasa penat sangat. Sakit belakang. Sakit kaki. Sakit perut.

Mengada-ngada betul mak buyung ni. Padahal baru mengandung 5 minggu, bukannya 5 bulan. Tapi, kalau tengok perut, memang macam 5 bulan. Hahaha!!

Siang tadi bungkusan dari supplier dah sampai. Bungkusan yang sepatutnya sampai dari minggu lepas. Tadi suami dah susun-susun. Esok pagi nak hantar ke semua outlet.

 

Siang tadi dapat berita kurang baik. Tailor kena rompak. Antara yang kena rompak adalah satu beg yang berisi baju kurung yang saya tempah. Yang kelakarnya, baju je yang kena rompak. Kain ada. Sebab kain duduk dalam beg lain.

Tailor dah pening kepada. Dia pun dah report polis. Tapi peluang untuk dapat semula baju-baju tu sangatlah tipis.

Adoi… rasa kelakar pun ada. Tak sangka pulak boleh berdepan dengan masalah macam ni. Koleksi terbaru lambat keluar sebab tailor kena rompak. Serius macam telenovela.

So tengoklah macamana. Malas nak stress-stress. Malas nak pening-pening. Lagipun tailor tu kata dia akan bertanggungjawab.

Tapi seriously kesian jugak kat dia. Upah jahit tu berapalah sangat nak dibandingkan dengan kos nak ganti balik barang yang hilang. Serba salah saya dibuatnya.

 

Walaupun dah excited dan tak sabar-sabar nak siapkan kertas kerja, tapi malam ni memang taknak sentuh apa-apa dulu. Serius tak larat sangat. Tak mampu nak buat apa-apa. Hanya mampu layan CSI Miami Season 5 kat HyppTV sahaja. 😛

 

Bye! 🙂

2 thoughts on “Tak Larat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.