Sakit Badan

Dari pagi semalam rasa pening kepala.

Semalam pulak rasa sakit-sakit badan. Nak angkat tangan pun rasa tak larat sangat.

Pagi ni ada taklimat tentang Suitability Assessment di Public Mutual Johor Bahru. Sepatutnya saya join sesi pagi untuk Agency Manager dan Group Agency Manager. Tapi serius tak larat.

Petang ni ada sesi untuk semua Unit Trust Consultant. Mungkin saya join yang tu. Mungkin. Sebab sekarang pun masih rasa sakit-sakit badan.

Petang @ malam ni saya dan suami akan ke KL. Dan esok kami akan ke Vietnam sehingga hari Sabtu. Kali ni kami pergi bersama 8 @ 10 peserta.

Setiap kali nak pergi Vietnam dengan suami, rasa sedih lain macam. Sebab rasa tak sedap hati nak tinggalkan anak-anak terutamanya Ali yang manja dan suka peluk umi. ­čÖü

Risau jugak nak manage rombongan dalam keadaan yang kurang sihat macam ni. Harap-harap esok saya kembali sihat seperti biasa.

Progress penurunan pulak Alhamdulillah bagus sangat. Hari ni turun lagi 300g. Dari 85.4Kg kepada 85.1Kg.

Berhantu sungguh no 85 ni. Hari tu dah turun 85.6Kg pastu naik balik. Jadi lepas ni memang taknak main-main lagi.

Pagi dan malam memang minum Herbalife je. Cuma tengahari je makan sepuas-puas hati.  Semalam makan KFC.

Hari ni plan nak makan Nasi Beryani.

Buat masa ni, saya rasa okay je dengan cara diet macam ni. Tak terlalu strict. Boleh makan apa yang saya suka. In fact, nikmat makan tu lebih terasa.

Selain tu saya pun minum banyak air. Malam-malam memang berulang ke tandas je la jawabnya.

Ok bye. Serius tak larat nak menaip banyak-banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *