Report Card Day

Assalamualaikum dan Salam Sabtu!

Pagi tadi ada Report Card Day jadi saya sekeluarga pergi ke sekolah the boys.

Alhamdulillah results Abang Iqbal sangat baik dan cikgu cikgu banyak puji abang. Satu part je yang kena improve which is his handwriting.

Bagus gak tu. Kalau takde benda nak improve langsung pun nanti dia syok sendiri pulak.

Adi pun okay cuma ada beberapa subjek yang dia kena lebih fokus dan cikgu minta saya sediakan buku buku cerita untuk Adi so that he can improve his writing.

Tahun ni ada ujian Checkpoint untuk Adi jadi Adi kena lebih fokus untuk subjek Maths, Science & English.

Ali pulak semua cikgu komplen pasal dia tak minat nak belajar dan langsung taknak fokus dalam kelas.┬áBila cikgu tanya dia akan cakap “I don’t know” which is very frustating.

Dari segi cikgu bercerita tu nampak sangat cikgu betul betul nak tolong dia dan cikgu dah cuba macam macam tapi dia yang taknak bekerjasama.

Ada cikgu siap tunjuk video aktiviti dia dalam kelas which is termenung, main apa yang ada atas meja dan langsung taknak participate.

Ada juga cikgu yang cakap memang ada sesetengah budak macam ni and it gets better as they age.

So tadi bincang bincang dan cikgu pun bagi beberapa suggestion on how to help Ali.

Of course kat rumah pun kena tengok buku buku dan homework dia jugak.

 

 

Selesai urusan kat sekolah, bawak anak jalan jalan jap. Sebenarnya nak makan kat tempat lain tapi akhirnya saya singgah minum di Jamaica Blue sebab Yaya dan Ali nak main mainan kat sini.

Sesambil tu Abang Iqbal jalan jalan ke kedai sukan untuk tengok tengok survey survey. Remaja sangat kan!

 

 

Alhamdulillah petang ni saya berjaya habiskan buku Linchpin.

Punyalah suka buku ni siap rekemen kat manager kesayangan saya iaitu Amni & Diba supaya baca buku ni jugak.

Sebab rasa macam bestnya kalau dah baca buku ni dari zaman muda muda dulu. Zaman zaman kerja.

Tapi buku published on 2010. Masa tu dah tak kerja pun. Hehhe..

Overall rasa lebih bijak, lebih matang dan dapat berfikir dengan lebih baik.

Sekarang ni tengah fikir nak baca buku apa lagi.

Saya dah download a few sample antaranya buku Man’s Search For Meaning by Viktor Frankl.

Okay bye! Sampai jumpa lagi!

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge