Pekerja Yang Over

Hari ni gigih masak Kerutuk Ayam untuk tetamu.

Yang tak bestnya, ayam yang saya beli tu macam ada hitam-hitam sikit. Bila mengadu dengan suami, dia cakap dia minta pekerja kedai tolong pilihkan. Dia dah nampak macam ada yang tak kena, tapi dia malas nak cerewet sangat sebab dia dah minta orang pilihkan.

Pastu suami mulalah cakap, nilah contoh pekerja yang tak jujur. Bila pelanggan suruh pilih, dia akan pilih yang tak elok. Padahal kerja je. Tapi kemain lagi kedekut. Macam la dia punya bisnes.

Pastu saya pun cakap, kadang-kadang tokey okay je tapi pekerja yang lebih.

Sebagai contoh dalam bisnes saya, memang saya ada return back policy. Kalau baju tak muat ke, ada masalah ke, boleh pulang balik ke kedai dan saya akan pulangkan balik duit 100%. Tak perlu tukar barang lain pun. Boleh je nak amik duit semula.

Tapi kadang-kadang ada staf yang nak tunjuk pandai. Bila orang nak pulang barang, pandai-pandai je cakap tak boleh. Pandai-pandai je suruh orang tu tukar dengan barang lain.

Pastu bila ada orang nak beli borong dan minta saya pilihkan, memang saya akan cuba pilih yang terbaik. Tapi kalau ikut mata saya je, kurang tepat kan. So saya akan minta setiap staf pilih kain @ baju yang dia rasa paling cantik.

Dan kadang-kadang ada pekerja yang syorkan supaya saya berikan kain @ baju yang kurang dapat sambutan. Alasannya sebab dah bosan tengok kain @ baju tu kat kedai.

Tapi bila saya dah tegaskan kita kena bagi yang terbaik, sekarang Alhamdulillah semua dah faham polisi Benang Hijau. Kena pilihkan yang terbaik. Dan juga 100% money back guarantee. Dalam tempoh 30 hari pembelian.

 

Alang-alang dah cerita pasal staf yang over, meh kita tambah lagi perisa.

Staf bermasalah yang saya citer semalam tu tak puas hati dengan saya bila tiba-tiba kontraktor datang nak pasang fitting room. Tak puas hati sebab tak cakap dengan dia awal-awal. Lepas tu sibuk komplen tak sesuai la. Butik jadi semak la.

Dia pun cakap dengan kontraktor kemain berlagak. Siap tipu lagi kononnya dia dah lama kerja. Padahal masa tu baru kerja 10 hari.

 

Saya ni bukannya bos yang ego sangat. Selalu je tanya pendapat staf. Sampai kadang-kadang staf pun dah tak tahu nak bagi komen penambah baikan macamana lagi. Sebab setiap kali jumpa minta pendapat.

Tapi bila kita dah buat sesuatu sebab kita pun ada plan kita sendiri dan staf dok komplen je, memang boleh menyebabkan my blood go upstairs.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *