Mengamuk..

Hari ni saya mengamuk. Sebenarnya dah beberapa hari saya pendam je. Tapi hari ni memang tak boleh pendam lagi.

Last-last saya call Kak Yati dan ajak dia temankan saya mengamuk di A&W Jusco Bukit Indah.

Puas hati saya dapat mengamuk makan Mozza Burger, Curly Fries & Root Beer Float. Wohoooooo!!

Tak kisahlah berapa kalori dia kan. Sebab pagi dan malam cuma minum Herbalife je. So insyaAllah tak melebihi jumlah kalori seharian.

Seronok rasanya dating dengan Kak Yati walaupun masing-masing bawa anak kecik. Sambil-sambil tu jugak, sempat singgah ke pejabat pengurusan Jusco untuk bertanya tentang sewa kiosk.

Kat sini diorang minta proposal dulu barulah diorang akan panggil bila ada kekosongan.

Tapi saya sendiri pun takkan submit proposal dalam masa terdekat ni. Sebab baru je pindah kedai semalam. Pastu pulak hujung bulan ni nak setupkan cawangan di Bangi. Taulah semangat. Tapi kenalah ada perancangan jugak kan.

Dari segi berat, Alhamdulillah makin ada penurunan. Kurang 200g berbanding 2 hari lepas. Okay la kan. Slow slow. Yang penting terus diet dan jaga makan.

5 thoughts on “Mengamuk..

  1. Yati

    Bila rasa nak mengamuk, ajak kak Yati. Bila jumpa kak Yati, rasa nak mengamuk. Waaaaaaaa……kak Yati pun jadi termengamuk jugak.

    Apa pun….syukur Alhamdulillah akak dah semakin sehat. Dah boleh jalan. Nikmatnyeeeee menjadi orang yang sehat. 🙂

    Terima kasih kerana selalu doakan akak. Sayang Zila forever……
    Yati recently posted..Rasa Macam Super WomanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.