Lemau

Hari ni bos agak lemau.

 

Bangun pagi duduk bermalas-malas atas katil.

Lepas tu pukul 11 keluar rumah. Mula-mula hantar baju kurung ke Umall. Pastu pergi ke Sekolah Rendah Islam Hidayah untuk ambil Abang Iqbal.

Pergi dengan Abang Adi & Ali.

 

Lama jugak tunggu kat luar tapi Abang Iqbal tak muncul-muncul. Last-last kami masuk ke kawasan sekolah.

Excited sangat Abang Adi & Ali jumpa Abang Iqbal selepas 3 hari terpisah.

Abang Iqbal pulak lagilahhh excited bercerita pasal perkhemahan dia. Dok bercerita je sepanjang perjalanan. Memang happy sangatlah. Saya pun tumpang happy tengok Abang Iqbal happy. Lepas ni bolehlah hantar dia masuk program-program camping macam ni masa cuti sekolah.

Abang Iqbal cakap kawan-kawan dia ramai yang dah berkhatan. Bila kawan-kawan dia tanya dia, dia jadi malu sebab belum khatan. So, dia mintak nak khatan hujung tahun ni.

Hahahaha.. boleh pulak peer pressure sebab belum khatan. Teringat dulu jiran saya berkhatan umur 15 tahun. Masa tu saya tinggal kat Kelantan. Jiran saya ni khatan sama dengan adik saya. Masa tu adik saya umur 11 tahun.

Tok mudim cakap, “Baru nak sunat. Bulu doh…” Kesian jiran saya. Malu giler sebab semua orang dengar.

 

Dalam perjalanan balik singgah beli Lemang kat Taman Setia Tropika. Saja nak test. Boleh tahan jugak harga Lemang kat sini. Sebatang dalam RM13-RM15. Saya pun belilah 2 batang. Sebagai sokongan sesama usahawan.

Lemang dia boleh tahan tapi tak terlalu lemak. Biasa kat hujung-hujung kan banyak santan dan rasa berlemak je. Tapi yang ni tak sangat. Kalau orang yang nak kurangkan lemak, sesuai kot. Tapi entahlah, saya pun tak pandai sangat bab-bab lemang ni. Saya lebih suka ketupat dari lemang.

 

Lepas tu singgah Jusco Bukit Indah. Hantar stok baju kurung. Kat sini Abang Iqbal je keluar. Tak sanggup nak bawa 3 hero berjalan-jalan. Serius tak sanggup. Kalau ada ayahnya pun boleh hilang. Inikan pulak saya nak handle sorang-sorang. Tobat taknak.

 

Pastu balik rumah dan masak Daging Masak Merah. Pastu cicah dengan Lemang. Nyum nyum nyum.. 🙂

 

Kononnya nak keluar tengok outlet di Umall tapi entah kenapa rasa penat sangat. Rasa nak golek-golek kat rumah je.

 

Petang sikit minta staf di Bangi ambil gambar kain dan jubah cotton bunga kecik terbaru. Bila dah upload di Facebook, Alhamdulillah ramai yang SMS @ PM @ WhatApp.

Saya pun sibuklah melayan pelanggan sambil-sambil update blog dan melayan anak.

Pastu dah tak lemau lagi. Hihihi.. 🙂

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.