Kalaulah Dah Lama Tahu..

Pagi ni gatal nak cek keyword pengunjung blog ni. Sekali ternampak keyword di bawah..

Keyword 5 March 2013

Hehehe.. siapa yang taip ni sila angkat tangan! 🙂

Memandangkan sekarang saya sedang berdiet, bersedialah untuk baca post pasal diet ya.

Semalam saya hantar ayah di rumah kakak saya di Nilai. Kakak saya kagum sangat dengan perubahan saya. Serius, walaupun baru turun 5.1 kg, tapi dah nampak perubahan. Mungkin sebab shape dan berubah dan saya dah tak muncit lagi. 🙂

So semalam dia pun cubalah minum . Dia siap minta saya tinggalkan set saya untuk dia.

Since dia pun ada plan nak datang ke JB weekend ni. Jadi nanti bolehlah dia ambil stok Herbalife saya di rumah. Lagipun yang kat rumah ada semua pilihan perasa iaitu Cappucino, Dutch Chocolate, Tropical Fruit, Strawberry dan Vanila.

Sekarang ni saya suka baca dan tengok gambar-gambar testimoni orang yang berjaya diet dengan Herbalife. Dan semakin hari keyakinan saya makin bertambah.

Yang saya nampak, orang yang berjaya diet dengan Herbalife ni, adalah jenis orang yang sabar dan kuat semangat. Bukannya jenis yang tak sabar nak kurus dan bila rasa lambat sangat, dia stop diet dan seterusnya jadi makin gemuk.

Lagipun diet ni senang. Bukanlah kena control makan gila-gila pun. Cuma tukarkan 2 hidangan iaitu pagi dan malam dengan shake. Dan di antara tu boleh makan macam biasa. Nasi ke, ayam ke, buah ke, sayur ke, semua boleh makan. Tapi dalam kuantiti yang sederhana.

Untuk saya, serius sesuai. Sebab saya selalu je tak sempat nak breakfast. Sebelum ni kadang-kadang pukul 4 petang baru makan. Dan bila dah lapar, mulalah terlebih makan di samping makan makanan-makanan yang manis dan berlemak.

Sekarang Alhamdulillah.. bila sibuk, saya shake je dalam masa 2-3 minit. Kalau sehari sibuk, saya minum shake sahaja sepanjang hari. Kalau tengahari tak sibuk, saya makan tengahari. Kalau malam tak sibuk, saya makan malam.

Pastu kan, ada juga sedikit perasaan menyesal. Kenapalah tak tahu awal-awal pasal Herbalife ni. Kalau tak, dah lama minum.

Kononnya takut baby tak cukup zat kan sebelum ni. Tu yang makan tak ingat dunia semasa mengandung dan menyusu, dan juga bila merancang nak mengandung. Tapi sebenarnya ramai yang dah buktikan mereka boleh kawal berat badan semasa mengandung dan selepas melahirkan anak dengan bantuan Herbalife.

Kalau dah tahu pasal ni sebelum @ semasa mengandungkan Ali, takdelah badan saya membesar macam juara macam sekarang ni.

Wah… panjangnya entri ni. Promote habis. Hahhahaa…

Bagi can la. Orang tengah semangat ni. Setiap hari cuma fikir.. 52kg… 52kg.. 52kg… target berat untuk dicapai dalam masa 3-4 bulan dari sekarang.

Doakan saya berjaya! 🙂

p/s : Jika berminat nak sama-sama diet menggunakan Herbalife macam saya, boleh hubungi saya di talian 0127498940. Bolehlah kita lawan siapa yang turun lebih banyak nanti. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.