Kaela First Big Laugh

Semalam kali pertama Kaela gelak kuat. Ya Allah excited sangat sampai saya pun ikut sama gelak besar.Bila abang abang balik sekolah saya cerita kat dorang dan dorang kemain excited.Siap tanya cemana dia gelak. Macamana umi buat. Siap pesan next time kena rekod.Dahlah beberapa hari lepas Adi ucap terima kasih sebab lahirkan baby Kaela. Suka sangat dia dapat adik. Alhamdulillah happy sangat sebab sekarang most of the time saya kat rumah dan anak anak membesar depan mata. Abang Iqbal dan Adi sangat sangat membantu. Abang Iqbal dah boleh tolong cebok dan mandikan Kaela.Setiap hari saya tak sabar sabar tunggu anak anak balik dari sekolah dan sembang dengan dorang. Dahlah Abang Iqbal pun dah makin matang dan dah boleh bincang banyak benda.We watched the same show on Netflix, sama sama buat artwork untuk Benang Hijau dan boleh kongsi benda benda lawak. Serius bersyukur sangat dianugerahkan anak pada usia muda dan sekarang anak dah boleh dibuat kawan. Semalam cerita dengan Abang Iqbal pasal masa dia kecik kecik dulu saya bawa bekal air Milo dari rumah kalau nak makan kat luar sebab nak jimat. Pastu weekend selalu pergi shopping mall sebab duk rumah panas. Bukan beli barang sangat pun. Paling paling beli susu dan pampers je. Tapi aktiviti wajib adalah cuba sampel makanan/minuman percuma (Yakult/Yogurt/Nugget dll) walaupun end up tak beli pun sebab tak mampu. Saja cerita kat dia supaya dia lebih hargai apa yang kami ada sekarang. ❤️

One thought on “Kaela First Big Laugh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.