Hari Jumaat Yang Glamer

Hari Jumaat.

Bangun awal pagi temankan anak sarapan sebelum ke sekolah.

Yang penting berbual dengan Abang Iqbal sebab dia akan camping 3 hari sehingga Ahad.

Kami rushing balik ke JB pun tujuannya sebab nak jumpa Abang Iqbal. Rasa bersalah sangat kalau tak sempat jumpa dia pagi ni. Lagipun risau jugak kalau-kalau ada barang untuk perkhemahan yang tak lengkap.

Abang Adi yang dah lengkap berpakaian sekolah tertonggeng tonggeng sakit perut. So saya pun suruh dia tukar baju dan tido je. Tak payah pergi sekolah.

Lepas Abang Iqbal selamat ke sekolah, mak sambung tidur kejap.

 

Pukul 9 pagi ada seorang staf datang rumah. Saya minta dia datang untuk kira stok shawl yang akan diagihkan kesemua outlet.

 

Pukul 12 tonton WHI. Siap ajak staf tengok sama-sama. 🙂

Mula-mula rasa taknak bagitahu sesiapa sebab segan.

Tapi last-last saya dan suami hubungi keluarga dan inform diorang.

 

Keluarga suami sangatlah excited. Katanya pakat duduk depan TV. Pastu pulak tanya kenapa suami tak cakap jugak.

Tulah suami saya pemalu sangat. Padahal wartawan ada minta nak interview dia tapi dia segan.

 

Kakak suami siap bagi skrip lagi. Sepatutnya cakap macam ni… macam ni.. Hahaha.. comel sangat.

 

Serius risau macamanalah hasil suntingan wartawan kan. Bila dah tengok, rasa okay sangat.

Pastu, teruslah kita bekerja kerja seperti biasa. 🙂

 

Yang kelakarnya ada beberapa orang kawan lelaki yang dok PM @ SMS @ WhatApp sebab ternampak saya kat WHI. Tak sangka pulak lelaki pun tengok WHI.

 

Pukul 1 hantar suami solat Jumaat dan saya bawa Abang Adi ke Klinik Keluarga di Taman Pulai Perdana.

Klinik ni milik klien unit trust saya, Dr Rosezalina. Sejak dia invest dengan saya pada tahun 2008, saya sekeluarga memang pergi klinik dia je. Senang macam tu kan. Sebab dia pun dah ada history kitorang.

Lagipun saya suka karakter Dr ni. Tak la ramah sangat. Tak la dingin sangat. Sedang-sedang je. 🙂

 

Petang tu singgah Jusco Taman Universiti. Pukul 4 balik rumah kejap.

Pukul 6 lebih keluar ke Airport Senai. Pastu singgah Jusco Bukit Indah.

Lama jugak kat setiap outlet ni sebab nak pastikan diorang susun stok baru dengan baik.

 

Dalam perjalanan balik, lapar sangat. Kononnya nak cuba makan di tempat baru so kami singgah 7 Spice di Danga Bay. Restoran ni tutup pukul 11 malam. Kami sampai pukul 10.53. Nasib baik diorang masih terima.

Kami cuba makan Kashmir Lamb + Nan Cheese + Chilli Squid + Nasi Putih. Makan atas daun pisang.

Kashmir Lamb + Nan Cheese memang best. Tapi Chilli Squid tak mencapai expectation sebab dia jenis yang berair sikit sedangkan saya nak yang kering.

 

Kononnya malam tu jugak nak balik Kelantan untuk hantar stok baru. Nak bawa Abang Adi & Ali sekali. Tapi hujan lebat dan kami pun sangat penat. So kami tunda ke pagi Sabtu.

Sampai rumah, tidooooo….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *