Dalam Flight Ke Kuching..

Abang Adi duduk seat depan. Dan suami duduk seberang. Jadi boleh tangkap gambar Abang dan Ali sahaja.

Ya Allah aktif sangat anak-anak saya terutamanya Ali.

Saya cakap dengan suami,

Bang, sepanjang saya travel, ni first time saya tengok budak-budak terlebih aktif macam ni. Malu bang, malu!

 

Okay, tipu je. Saya tak cakap macam ni. Sebab saya cakap dengan suami dalam bahasa Kelantan. Tapi maksudnya sama okay. Isi kandungan tak tipu.

Sebab memang malu sangat dengan keaktifan anak-anak. Terlebih gula kot diorang ni. Aduyaiii…

 

20130124-011824.jpg

Nak order apa ya?

 

Separuh masa pertama, okay.

Separuh masa kedua, Ali dah semakin aktif dan bertindak di luar kawalan. Terpaksalah Abang tukar tempat dengan Suami saya.

 

20130124-011835.jpg

Abang yang sangat macho

Bila tengok gambar Abang bergambar dengan ayah dia, rasa terkejut tengok Abang dah besar panjang. Sekejap betul masa berlalu. Saya masih rasa muda remaja.

Sebenarnya sebelum pergi ni, hati dah berbelah bahagi. Rasa macam taknak pergi je. Sebab bila saya takde, proses ambik gambar kain baru akan tergendala. Dan makin lambatlah kain bertukar menjadi duit.

Tapi takpelah.. bukan lama sangat pun kan. Delay dalam 4-5 hari je kot. Lagipun percutian ni pun dapat spend quality time dengan anak-anak, dapat cuba benda baru, makan makanan baru, dapat pengalaman baru dan berfikir di luar kotak.

Masa kat airport Senai, ternampak sebuah buku best. Tapi tak beli sebab masa tu agak rushing.

Sekarang hati dah tak tenteram nak cari buku tu.

Petang tadi nampak kedai buku Popular dari jauh dan hati dah tak sabar-sabar nak pergi. Tak kira, esok nak pergi jugak. Nak jugak beli 2-3 buku untuk dihabiskan sepanjang percutian ni.

Ada yang tanya adakah Saphira ikut kitorang ke Kuching?

Jawapannya tidak. Saphira sekarang sedang mengikuti kursus masakan dengan tukang masak tersohor di Pulai Indah. Harap-harap dia dapat belajar Kambing Masak Pudina. Wohooo! 🙂

2 thoughts on “Dalam Flight Ke Kuching..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *