Cerita Tak Best

Selalu cerita yang best kan.

Hari ni kita buat reality check sikit.

Sebenarnya banyak je benda tak best. Tapi saya malas nak cerita. Tapi kadang-kadang bila tak cerita, orang nampak macam hidup saya ni takde cabaran pulak.

Cerita tak best semalam : Laptop kedai hilang.

Dua hari lepas saya berikan laptop saya kepada staf di Benang Hijau Skudai supaya senang saya nak berurusan dengan dia dan juga senang untuk dia uruskan order.

Baru je dua hari dia pakai, alih-alih semalam dia call bagitau laptop hilang.

Kalau ikutkan geram, memang geram. Tapi saya malas nak fikir panjang-panjang. Anggap je tak ada rezeki.

Cerita tak best pagi tadi : Dah janji dengan kakak nak pergi ke rumah dia di Nilai dan lepas tu parking kereta di rumah dia dan dia hantarkan ke LCCT.

Tapi sepanjang perjalanan, saya call tak angkat. Dah sampai depan rumah, call tak angkat lagi. Tekan loceng pun takde orang keluar.

So last-last saya parking di luar LCCT. Tempat tu agak jauh dan saya kena jalan dalam 400 meter untuk check in.

Cerita tak best sekarang : Dah 3 jam tunggu untuk check in.

Saya sampai Vietnam pukul 10 pagi Vietnam. Biasa pukul 1 tengahari. Tapi sekarang dah dekat pukul 3 petang tapi saya belum dapat masuk bilik.

Saya book semua 4 bilik. 1 untuk saya dan 3 lagi untuk peserta.

Pukul 1.30 dapat satu bilik. Bagi pada peserta yang bawa anak kecik dulu. Pukul 2.30 dapat lagi dua bilik. Bagi pada peserta lagi. Dan sekarang tinggallah saya dan suami terkapai-kapai kegersangan.

Kalau keluar beli kain, dah boleh beli 200 pasang kot.

 

Tujuan tulis ni bukanlah nak mengeluh. Saya pasti semua orang pun ada banyak cerita tak best kan. Tapi saya sekadar nak share supaya pembaca faham bukan senang nak senang. Ada banyak cabaran yang perlu ditempuhi.

Bukan saya tak suka. Suka sangat.

Antara yang saya suka adalah dapat peserta dari Singapore yang sangat baik hati dan bertolak ansur.

Okay dah dapat masuk bilik. Bye!

 

One thought on “Cerita Tak Best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *