Biar Sombong Daripada Mengumpat

Saya ni tak ramah sangat dengan orang yang saya tak kenal.

Kalau orang tanya saya akan jawab. Cuma kalau nak saya mulakan dulu memang tak. Orang yang baru kenal saya mungkin akan kata saya ni sombong.

Kalau jumpa dengan orang yang saya kurang suka pulak, saya tak pandai nak berlakon. Jadi saya pun tak banyak cakap dengan dia.

Tapi kalau saya dah suka pada seseorang, memang saya akan menjadi ceria dan cakap banyak sangat.

Suami pun dah beberapa kali tegur supaya saya maniskan sikit muka apabila berjumpa dengan saudara mara dia untuk kali pertama.

 

Tak mesra. Tak cakap banyak. Tapi tak mengumpat.

Ada satu lagi spesies manusia ni pulak. Kat depan bukan main mesra. Kat depan bukan main berbual.

Kononnya akulah yang paling mesra, baik hati dan tak sombong.

Tapi kat belakang mengumpat tak habis-habis.

 

Ramai jugak spesies macam ni yang saya jumpa. Dan saya rasa tak selesa. Tak selesa bila diajak mengumpat orang lain. Sebab rasa tak fair pada orang tu. Lagipun apa yang diumpat tu pun entah apa apa je. Benda yang tak relevan. Benda yang tak kritikal sangat.

Satu lagi, saya pun tak percaya pada orang yang suka mengumpat ni. Depan kita, mengumpat orang lain. Belakang orang lain, mengumpat kita.

 

Ada jugak orang terdekat yang macam ni. Bila dia start mengumpat, saya terus diam. Malas nak komen. Malas nak participate.

Suami pun tegur,

Kenapa awak diam je bila dengan dia. Awak kan sebenarnya banyak cakap.

 

Saya jawab,

Saya diam sebab saya malas nak melayan dia mengumpat.

 

Tapi sebagai manusia biasa yang lemah. Yang sensitif. Yang mudah emo. Saya pun ada BFF tempat saya mengumpat dan bergossip. Asal cakap dengan dia, saya bergossip. Asal saya bergossip, dengan dia. Tapi bulan puasa ni saya jarang jumpa BFF saya ni. Takut kurang pahala puasa. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *