Apakah Aktiviti Hujung Minggu Anda?

Saya suka hari cuti. Bukan kerana saya tak suka bekerja, tapi kerana pada hari cuti saya boleh meluangkan lebih banyak masa dengan suami dan anak-anak.

Dan biasanya saya dan suami akan keluar bersarapan berdua.

Bila makan berdua ni, rasa macam pasangan yang dah lama kahwin dan anak-anak dah besar je. 🙂

Yang tak bestnya, saya juga akan merasa tak sabar untuk balik ke rumah. Tak sabar nak bermain dengan anak-anak terutamanya Baby Ali yang manja.

 

Apakah aktiviti hujung minggu anda?

Untuk saya, selain acara bersarapan berdua dengan suami, biasanya aktiviti hujung minggu saya adalah membaca. Samada membaca buku ataupun website yang berkaitan dengan bisnes.

Sambil-sambil tu, saya akan kongsikan ilmu dan idea baru samada di blog ini ataupun di blog SMART.

Daripada semalam, saya dalam proses mengkhatamkan blog seorang usahawan wanita, penulis buku dan business coach iaitu Puan Norlela Zubir.

Banyak sangat ilmu baru yang saya belajar daripada catatan-catatan di blog beliau.

Saya terjumpa blog ini semalam semasa saya mencari maklumat tentang usahawan wanita. Kebetulan Puan Norlela merupakan penulis buku 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia. Memang seronok membaca blog seorang usahawan yang berpengalaman dan tak lokek ilmu.

Tak sabar nak baca buku ni!

 

Kepada yang nak sama-sama belajar daripada pengalaman beliau, jemput baca blog beliau di sini.. http://norlelazubir.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *