Abah Kerja Apa Sebenarnya?

Semalam pagi tanya Abang Iqbal nak Umi ikut Abah hantar ke sekolah jugak ke atau nak Abah sorang je hantar.

Abang Iqbal cakap nak Umi ikut jugak sebab nak cakap bahasa inggeris dengan Umi kat dalam kereta.

Wiwiwiwi… Serius happy bila dengar.

 

Dulu-dulu rasa nak jadi orang kaya yang ada pemandu, tukang masak dan juga nanny untuk tolong tengok anak belajar.

Tapi sekarang ni rasa cukuplah dengan bantuan bibik dan PA sahaja. Kalau semua urusan nak diserahkan pada orang lain, nanti jadi tak penting pulak dalam hidup anak.

Anak pun sekejap je membesar. Masa kecik ni la nak luangkan masa bersama. Lagipun insyaAllah boleh je seimbangkan masa untuk kerja dan keluarga.

 

Ada juga kawan-kawan saya yang dah lama dok sebut nak berhenti kerja tapi masih terus bekerja. Risau sangat tak boleh survive kalau tak kerja makan gaji.

Sebenarnya bila kita dah tak kerja makan gaji, ada banyak benda yang kita jimat. Contohnya duit minyak kereta, duit tol, duit makan tengahari, duit baju, duit untuk pengasuh anak dan sebagainya.

 

Artikel ni tak bermakna saya memandang rendah pada orang makan gaji cuma nak bagi semangat kepada ibu-ibu yang nak berhenti kerja.

Kalau dengan bekerja tu anda rasa gembira dan puas, Alhamdulillah. Teruskanlah. Kalau semua kaum ibu nak berhenti kerja, parah jadinya.

 

Semalam Abang Iqbal tanya soalan mencabar, Abah kerja apa sebenarnya?

Hahaha.. gelak besar kitorang bila dia tanya soalan ni.

 

Suami pun cakap,

Entahlah Abang. Abah pun tak tahu. Tukang beli barang pun ye. Tukang potong kain pun ye. Tukang betulkan mesin jahit pun ye. Driver pun ye.

 

Last-last saya cakap la, Abah ni Pengurus untuk bisnes Benang Hijau. Kerja Abah adalah menguruskan bisnes.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.