88.3Kg. Yeayyyyy

Semalam tido lambat. Mungkin dalam pukul 2.30 pagi macam tu.

Pukul 6 pagi bangun untuk tolong siapkan anak ke sekolah. Masa timbang.. berat adalah 89.1Kg. Down sekejap sebab cuma turun 100g sahaja padahal punyalah dah diet sangat.

Sebab semalam tu walaupun timbangan pertama adalah 88Kg tapi bila timbang beberapa kali bacaan menunjukkan 89.2Kg.

Lepas anak ke sekolah, saya sambung tidur balik. Tidur yang disulami dengan mimpi minum air milo. Hahaha.. kesian tak?

Pukul 9.40 pagi terjaga bila suami call. Lepas ke bilik air dan timbang, alhamdulillah berat dah turun kepada 88.3Kg.

Suka sangat!!

Kembali bersemangat nak sambung diet untuk hari ni. 🙂

p/s : Walaupun baru turun 2.4Kg, tapi badan rasa lebih ringan. Perut kurang buncit.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *