600 gram okay!

Hehehe…

Poyo kan. Turun 600 gram pun kecoh. Pagi semalam 67.7kg. Pagi ni 67.1kg. Eh, 6 pulak. Sebenarnya 8 kat depan tu. Takpelah.. taknaklah edit. Hehehehe..

Inilah kisah orang yang tengah semangat kan. Kalau tak semangat, dah tak tulis pasal-pasal diet ni. Tulis pasal makan-makan pulak. Ye dak?

Kalau ikutkan, kecewa jugak sebab berat dah turun dan lepas tu naik balik.

Tapi bila fikir-fikir balik, hari tu turun banyak disebabkan saya masih buat Atkins Diet yang sangat strict tu.

Bila dah stop Atkins, saya dah mula makan karbohidrat. Pastu pulak makan macam biasa semasa ke Vietnam. Yelah, jadi penganjur program kononnya kan. Kenalah cukup tenaga untuk handle peserta. Alasan.. alasan..

Lagi satu, kadang-kadang berat tak turun sebab lemak bertukar menjadi otot.

5lbs= 2.27kg

Bila kita diet protein tinggi dan bersenam, badan kita akan menukarkan lemak kepada otot. Itu yang kadangkala berat tak turun banyak tapi ada perubahan pada bentuk tubuh kita.

So kali ni, memang diet dengan cara Herbalife yang tak terlalu strict. Pagi dan malam minum Aloe + Teamix 400ml. Dan lepas tu minum shake Dutch Chocolate/Cappucino/Vanilla/Tropical Fruit/Strawberry. Lepas tu pulak makan Omega 3 dan pil Total Control untuk membakar lemak dengan lebih cepat.

Di siang hari pulak, saya makan dua meal.

Pertama, dalam pukul 11-12 pagi.

Kedua, dalam pukul 5-6 petang.

Boleh makan apa sahaja tapi dalam kuantiti sederhana.

Macam tengahari ni, plan nak makan steamboat Johnny’s.

Okay tu je. Mintak-minta esok turun lagi 600gm dan menjadi 65.5Kg. Eh silap lagi no kat depan tu. Hahaha.. Yang ni sengaja okay. Bukan kata-kata je doa tau. Tulisan pun doa. InsyaAllah lagi 2 -3 bulan betul-betul boleh capai.

Kepada Cik Aimi dan Cik Farah, diet jangan tak diet. Jangan sampai akak lebih kurus dari korang. Bila akak dah kurus dari korang, akak akan panggil korang ‘kakak’ pulak ya. 🙂

Ada tak kawan-kawan lain yang sedang sama-sama diet? Share update anda di ruangan komen ya. Kalau malu, menyamarlah sebagai Anon atau gunalah nama anak ke. Hahahha.. macam tau je siapa yang selalu guna teknik ni. 🙂

2 thoughts on “600 gram okay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.