Sedikit Info Tentang Aktiviti Dalam Toastmasters Club

Semalam meeting ketiga Toastmaster.

Meeting pertama, ada pertandingan. Meeting kedua, ada jemputan dari kelab lain. Dalam meeting ketiga ni barulah saya faham macamana meeting Toastmaster berjalan.

 

Mula-mula ada sesi ‘Prepared Speech’.

Untuk bergelar Competent Communicator (CC), ada sepuluh Prepared Speech yang kita perlu buat mengikut modul yang sudah ditetapkan.

Akan ada CC yang bertindak sebagai Evaluator untuk memberi komen terhadap cara penyampaian kita.

Dalam modul pertama (P1), kita perlu bagi ucapan tentang diri kita dalam masa 4-6 minit.

Semalam ada dua orang Toastmaster baru yang buat P1 dan ada seorang yang membuat P10.

 

Lepas tu ada sesi Table Topic. Dalam sesi ni, pengerusi akan menyediakan 5 topik dan sesiapa sahaja (termasuk tetamu) boleh volunteer untuk bagi ucapan.

Saya memberanikan diri untuk sahut cabaran ni. Topik yang saya dapat agak berat iaitu apa pendapat saya tentang ‘cheap labor’.

Nervous jugak bila kena bercakap atas kaki (think on your feet). Nasib baik dah ada pengalaman berdepan dengan prospek dan klien yang ada kalanya tanya soalan pelik-pelik. πŸ™‚

 

Selepas kedua-dua sesi selesai, Evaluator memberikan komen terhadap ucapan peserta Prepared Speech.

Saya rasa sesi ni bagus sangat. Melalui sesi ni kita dapat tahu kekuatan dan kelemahan kita.

Bak kata Mr President,

Toastmasters Meeting is the place for you to make mistakes. Not in front of your client. Not in front of your employees. And not inside your board meeting.

Setuju sangat!

Sebab saya pun nak sangat dapat komen membina untuk perbaiki kemahiran saya.

 

Setiap Toastmaster baru akan ada mentor dan Mr President syorkan Ajan menjadi mentor saya. Saya suka sangat sebab kami pergi meeting sama-sama jadi ada banyak masa untuk Ajan bagi kritikan membina pada saya.

To Cik Ajan, sila bagi tunjuk ajar ya. Akak nak jadi hebat macam awak! πŸ™‚

 

Dalam perjalanan balik, saya minta Ajan bagi komen tentang ucapan ringkas saya tadi.

Salah satu komen Ajan adalah saya ni kelakar dan ia adalah bagus kerana bila kita boleh buat orang ketawa, perasaan gemuruh kita akan hilang dan kita akan rasa lebih yakin.

Yang tak patut dibuat adalah bila saya cakap,

I’m quite nervous because this is my first time. So, please bear with me.

Ajan kata, memandangkan ni kali pertama, boleh dimaafkan. Tapi memang tak sesuai cakap macam ni sebab bila kita kena sembunyikan perasaan gemuruh kita.Β Bila kita cakap kita nervous, lagilah orang nampak kita nervous.

Ok mentor, saya tak buat lagi! πŸ™‚

 

Overall, saya rasa meeting ni okay sangat dan saya tak sabar nak buat P1 pada perjumpaan seterusnya.

Kalau setiap 2 minggu saya buat projek berdasarkan modul yang ditetapkan, dalam masa setengah tahun saya akan bergelar Competent Communicator Fadzilah. Wohooooooo!

 

3 thoughts on “Sedikit Info Tentang Aktiviti Dalam Toastmasters Club

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *