Pengalaman Menjadi Sergeant At Arms Semasa Meeting Toastmasters
Semalam saya telah menghadiri meeting Johor Jaya Toastmasters Club (JJTC).
Apa yang best tentang meeting Toastmasters adalah hampir semua ahli berpeluang untuk bercakap.ย Malah ahli-ahli kelab yang lain juga sangat supportive dan akan memberi teguran dengan cara yang membina.
Satu lagi adalah terdapat banyak role untuk sesebuah meeting dan ini memberi peluang kepada setiap ahli untuk mengambil bahagian secara aktif dan betul-betul turut serta dalam meeting.
Proses ini akan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran public speaking dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri ahli-ahli kelab.
Rancangan saya adalah untuk bergilir-gilir memberi ucapan dan bertugas. Sebagai contoh pada meeting yang lepas saya telah membuat projek 1 dan pada meeting ini saya mengambil peranan sebagai Sergeant at Arms.
Sebahagian ahli JJTC yang sibuk dengan tugas masing-masing
Ini merupakan kali pertama saya bertugas dan saya agak kelam kabut sebab tak tahu apakah sebenarnya tanggungjawab SAA.
Mujurlah mentor saya iaitu Cik Ajan sangat membantu dan telahpun menulis skrip untuk saya baca.
Kadangkala rasa seronok bila jadi orang baru yang naive. Tetiba rasa macam kembali berumur 18 tahun. ๐
Kepada yang mungkin berminat untuk menjadi seorang Toastmaster, antara tanggungjawab SAA adalah,
1. Menyediakan makanan untuk ahli kelab (Berdasarkan budget yang diberi oleh bendahari dan boleh terus claim).
2. Tolong susun atur tempat meeting.
3. Menulis aturcara majlis, nama speaker, nama peserta table topic dan masa peserta bercakap di whiteboard.
4. Memulakan majlis dengan menjemput Mr President.
5. Memulakan majlis selepas rehat.
6. Mengumpul dan mengira kertas undian.
Stress jugak nak sediakan makanan. Mujurlah ada kedai roti Seasons yang menyediakan hidangan roti dan tat telur yang sungguh enak.
Alhamdulillah saya berjaya menjalankan tugas walaupun mendapat sedikit teguran daripada General Evaluator.
Untuk meeting seterusnya iaitu pada 23 Mei 2012, JJTC akan mengadakan Guest Night bertempat di Mutiara Hotel, Johor Bahru.
Pada malam ini para tetamu akan diberi pendedahan tentang aktiviti kelab dan apakah manfaat yang akan diperoleh apabila menyertai kelab Toastmaster.
Kepada sesiapa yang berminat untuk meningkatkan kemahiran public speaking dan bergaul dengan rakan-rakan yang sangat positif dan supportive, jom join JJTC bersama saya.
- Saya Suka Benda Ni!
- Aku Anak Kampung..
Bestnya! Mcamana nak join ye? Mcm dulu ada org pernah ajak… tapi mcmna blh terlupa sgt ni? ๐
Kak Su kena cari kelab Toastmaster di kawasan berdekatan dengan Kak Su. Mesti ahli kelab yang lain excited dengan kehadiran Kak Su nanti.
Akak dah berjaya jadi SAA yang sangat bagus! Considering this is your first time, you really did well, you know. Maklumlah, akak dah expert dengan impromptu.
Thank you mentor! ๐