Tips Untuk Upload Theme WordPress ke cPanel Dengan Pantas!

Hari ni saya nak share satu tips untuk upload theme-theme wordpress ke cPanel.

Sebenarnya saya ni suka sangat mencari theme wordpress dan mencubanya di laman web saya. Walaupun saya selalu juga menggunakan FileZilla, tapi saya lebih prefer terus menggunakan cPanel.

Sebelum ni saya akan upload zip file satu-satu pastu extract di cPanel. Tapi aktiviti ini memang mengambil masa. So, saya telah mengubah sikit teknik saya seperti berikut:

1. Download zip file theme-theme yang saya suka

2. Create satu folder (Folder A) dan copy semua zip file tadi. Pastu ekstrak kesemua zip file ini sekaligus.

3. Create satu lagi folder baru (Folder B). Kemudian copy kesemua folder theme yang telah diekstrak.

4. Kompresskan Folder B kepada zip file.

5. Pergi ke cPanel (wp-content/themes) dan upload Folder B.zip

6. Selepas upload selesai, ekstrakkan Folder B.

7. Move atau copy semua theme di dalam Folder B ke wp-content/themes

Selesai!!

Mungkin tips ni nampak simple tapi ia telah membantu menjimatkan masa saya. Selamat mencuba!

Tagged on: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *