Ciri-Ciri Suami Curang..

Disclaimer : Saya tak ada masalah ni. Cuma belajar dari pengalaman orang lain dan juga dari drama The Fierce Wife. :)

1. Sentiasa pegang handphone.

Nak pergi tandas, bawa handphone. Nak tidur, letak handphone bawah bantal.

2. Bila dapat call, angkat di luar rumah atau di dalam tandas.

Bila terima call, agak gelabah sikit dan tak terus angkat.

3. Tak lekat di rumah.

Rumah dah macam hotel. Balik untuk tukar baju, pastu keluar sampai pagi.

4. Tak bernafsu dengan isteri.

Yang ni taknak komen lebih-lebih. :)

5. Dalam suasana yang agak dingin dengan isteri, adakalanya buat baik sangat atau bagi hadiah yang mahal.

Ni untuk cover kesalahan yang dibuat.

6. Mudah naik angin dengan isteri.

Silap sikit, tinggikan suara. Silap lebih sikit, naik tangan dan kaki.

 

Patut bagi peluang kedua tak kalau suami dah insaf?

Menurut suami saya, patut bagi. Tapi bagi peluang kedua sekali je. Bukannya sampai ketiga dan keempat.

Sebab kalau lelaki tu baik, dia akan berubah dan tak akan sia-siakan peluang kedua.

 

Ada sesiapa ada pengalaman? Jemput berkongsi di ruangan komen..

11 comments

  1. surynn

    Betul, suami yang tak sengaja curang akan insaf lepas satu kali silap dan hargai peluang kedua. Malang untuk suami yang ulang2 silap dan tak hargai peluang la kan. Padahal masa org tak nak dia, wife dia la sanggup terima dan kawin dengan dia. Tapi ,biarkan aje. Tak hargai, tak sedar diri, dia yang rugi nanti-nanti. Pengalaman tinggal di kawasan yang majoriti suami curang, isteri keluar pintu belakang dan anak2 terbiar tanpa jagaan cukup menyedihkan tapi menginsafkan…..
    surynn recently posted..Memang best makan Vitamin Semulajadi!My Profile

  2. surynn

    Menarik sebab kita blh ambik iktibar n belajar :-) Tapi sebenarnya, rasa nak marah dengan institusi keluarga yang diketuai oleh suami macam tu. Kita plak jadi berserabut bila kiri kanan duk dgr benda mcm tu. Dah keluar dari situ rasa lega wpun sedikit terkilan sebab tak dapat buat apa untuk bantu mereka ; rugikan? abaikan anak2 isteri…. . :-( ..pengalaman mematangkan. :-)
    surynn recently posted..Selamat Pengantin Baru.My Profile

  3. iramaya

    Fikiran btl2 buntu semua tindakan sy sdh buat bincang dng keluarga sy,keluarga dia,keluarga teman wanita dia sampailah satu tahap sy tpaksa bercerai dgn dia stlah dia mjd smkin xtkwal. Dlm pceraian kami, dia dtg merujuk semula…hati wanita sy tsentuh.Demi anak2 dan menganggap dia sdh bubah serta sedar atas kecurangan dia pd sy..sy terima dia dlm hidup sy. Namun sgt menyedihkn sangkaan sy sgt meleset,dia tidak bubah langsung malah tmbah jahat smpai memukul sy. Malah terus membohongi sy…Sakit sgt dibohongi dan di tipu..sehinggalah sy tekanan,sakit kesan drpd gngguan emosi. Malah sy pernah lg tlihat suami jln beriringan dgn mesra dan manja sekali.Lulu hati sy. Sy xtahu apa lg yg perlu sy buat.

  4. miss z

    bagi miss z seorang suami yang curang ne, dia lupa akan “sesuatu”.”Sesuatu” yang telah dilalui bertahun-tahun bersama wanita yang bergelar isteri.Saat suami sati, isteri sibuk dok cari penawar sana sini, tapi bila lelaki sudah ada wanita lain dlm hidupnya, isteri sakit sikit, marah sana-marah sini..

    Kalau dah tak suka terus terang, jangan lukakan hati wanit ayng sudah bertahun-tahun, berpuluh-puluh tahun menjadi teman hidup jaga makan minu, jaga saat sakit.Dan suami itu juga terlupa, bukan hati wanita yang bergelar isteri sahaja yang di sakiti, tetapi hati anak-anak kandungnya sendiri :)
    miss z recently posted..Giveaway : Saya Nak Kad RayaMy Profile

  5. embatura

    Kecurangan suami selalunya terjadi disebabkan persekitaran yang melampau. maksudnya ketidakseimbangan di rumah dan dan diluar rumah. keindahan, kecantikan yg terserlah diluar byk mempergaruhi naluri suami. Natijahnya disini isteri kena mainkan peranan dari segi kemahuan suami yang telah terpengaruh dgn dunia keasyikan. Sikap hipokrit yg tidak mahu berbincang sesama juga memberi ruang kpd kecurangan…..

  6. Rosnah

    Umm bnde ni pn dah jd dlm hdup sy mmg sakit hati bila dikhianati hrp2 die insaf tp tuhan je y tahu ati manusia klu btol ye xinsaf jgk jwbnye slmt tinggal je lah

  7. teruterubozu

    Salam….
    ttg suami curang ni, saya mengalaminya tiap kali saya mengandung sehingga natijshnya saya jafi seperti disuntik ubat pelali. Saya terpakssa melalui saat2 sukar ketika mengandung seorang diri dan pernah melahirkan anak pun seorang diri di hospital.saya dah penat sebenarnya tapu suami tetap tak mahu lepaskan walaupun selama ni kebajikan saya dan anak2 dia langsung x pernah ambil peduli.dulu masa mengandung pertama saya rajin juga cari perempuan tu dan discuss, skrg ni saya dah x kuasa tapi dia tetap xnak lepaskan saya walaupun saya sendiri dah berapa kali minta diceraikan.pening betul kepala x tahu apa patut saya buat.

  8. Aparna

    Tahun lepas, kami ada program di Corus Port Dickson anjuran Panasonic.Program tersebut dianjurkan oleh Vendor dan saya tinggal sebilik dengan staf bernama N. Tapi malam tu beliau menghilangkan diri. Subuh pun belum balik. Entah tuhan maha kuasa, pagi itu saya keluar awal, nampak beliau keluar dari bilik hujung. dia tak nampak saya. Setelah kelibatnya hilang, saya pergi ke bilik teresebut. Alangkah terkejutnya saya apabila yang keluar dari bilik tersebut adalah Boss besar.Jika lah isteri beliau yang sangat baik ni tahu, sudah tentu naik pengsan atau naik hantu. Suami yang bergelar haji sanggup membuat perkara sebegini kepada isteri.Semestilah N tidur dibilik ini malam tadi. saya terkedu dan sehingga ke hari ini rahsia masih ada pada saya. Saya bercadang untuk bertemu isteri beliau tetapi tak ada nombor telefon.

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge