Puji Dalam Hati Pun Boleh..

Pagi ni saya menonton Dr Muhaya yang membicarakan tentang topik ‘The Power of Praise’.

Antara yang menarik adalah selain kita puji seseorang secara lisan, salah satu cara lain yang sangat berkesan adalah memuji dalam hati.

Ini kerana kita semua adalah ‘spiritual being’ dan kita dapat menyampaikan perasaan kita terhadap seseorang bukan hanya secara lisan.

Dr Muhaya juga berkongsi satu cerita yang sangat menarik seperti berikut,

Seorang pelayan telah diajar tentang ilmu ini oleh seseorang. Menurut orang tu, salah satu cara mudah untuk tambahkan tips yang diterima adalah dengan memberi pujian di dalam hati setiap kali dia berurusan dengan pelanggan.

Jadi setiap kali dia tengok seseorang pelanggan dia akan fikirkan sesuatu yang positif tentang pelanggan tersebut dan memuji di dalam hati.

Orang ni cantik. Orang ni nampak hebat. Orang ni baik. Mesti keluarga dia bahagia. Mesti ramai orang sukakan dia.

Setelah mempraktikkan teknik pujian dalam hati ni, dia mendapati jumlah tips yang diterima makin bertambah.

Hebat tak?

 

Saya pun nak gunakan teknik ni sekarang. Saya bayangkan pembaca blog saya adalah orang yang beriman, baik hati, suka membantu orang lain, positif, berwawasan dan sentiasa ceria.

Kepada semua pembaca yang hebat, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. 🙂

Ini adalah contoh pujian dalam hati yang disalurkan dalam bentuk tulisan. Hehehe..

 

3 thoughts on “Puji Dalam Hati Pun Boleh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *