Jika Anda Meninggal, Anda Ingin Diingati Sebagai Orang Yang Macamana?
Malam ni saya terbaca artikel tentang seorang graduan Yale University iaitu Marina Keegan. Beliau telah menulis esei yang sangat inspiring bertajuk The Opposite of Loneliness yang telahpun diterbitkan untuk penuntut Yale pada awal bulan ini.
Yang sedihnya, beliau meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya pada hari Sabtu yang lepas. Dan selepas beliau meninggal dunia, eseinya telah menjadi viral di internet. Beliau diingati sebagai..
An exceptional person, wildly talented, and with the confidence and character … to have done fine things.
Saya mula berfikir.. seandainya saya meninggal dunia, bagaimanakah saya akan diingati? Dan jika anda meninggal dunia, bagaimanakah anda akan diingati?
Adakah anda ingin diingati sebagai seorang yang..
Becok, suka mengumpat, suka mengungkit, suka mengeluh, negatif, banyak cekadak, kedekut, selfish, hati kering, suka melaga-lagakan orang dan mulut laser
Atau anda ingin diingati sebagai seorang yang..
Baik hati, peramah, bersopan, pemurah, bermotivasi, positif, ceria, suka mengalah dan penyayang
Sebagai seorang ibu/bapa pula, bagaimanakah anda ingin anak-anak mengingati anda?
Garang, suka membebel, suka pukul, suka menengking, suka mengarah dan tidak menepati janji
Atau..
Penyayang, pemaaf, menepati janji, baik hati dan pemurah
It’s never too late to start over. Semoga kita sama-sama dapat menjadi lebih baik dari semalam. InsyaAllah..
- Jangan Sedih Bila Cinta Ditolak..
- Nak buat apa dengan daging cincang, telur dan daun sup?