Cantiknya Tudung Adik. Beli Kat Mana?

Percaya tak saya cakap macam ni pada seseorang yang saya tak kenal?

Sebenarnya tujuan saya tegur tu bukanlah sebab tudungnya terlalu super duper cantik. Dan bukan juga sebab nak ajak dia melabur. 🙂

Tapi saja nak bagi dia rasa happy.

Tersenyum girang dia mendengar pujian saya. Dan saya pun rasa gembira dapat buat orang lain tersenyum girang.

Kalau pergi ke bank atau ke mana-mana pun sama. Saya cuba fikir apa yang boleh dipuji dengan orang yang saya berurusan.

Kesian dia seharian bekerja. Apa salahnya kita datang dan bagi dia gembira sikit.

Ramai orang tak cukup dapat penghargaan dalam dunia ni. Kalaulah kita bagi penghargaan kepada setiap orang yang kita jumpa, bukankah dunia ini akan jadi lebih indah?

 

 

One thought on “Cantiknya Tudung Adik. Beli Kat Mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *