Monday October 29, 2007 10:01

Rahsia Membina Keyakinan Diri - Manusia Banyak Berfikir Tentang Diri Mereka Sendiri!

Posted by admin

Hari ini saya ingin berkongsi tentang sebuah rahsia membina keyakinan diri. Sebenarnya rahsia ini saya dapat apabila saya membaca sebuah buku yang bertajuk “How to Win Friends and Influence People” oleh Dale Carnegie. Buku ini merupakan satu buku yang sangat bagus dan saya telah membacanya berkali-kali. Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja terutamanya kepada mereka yang terlibat di dalam perniagaan.

Di dalam buku ini penulis telah menceritakan bahawa manusia merupakan sebuah makhluk yang sangat ego. Ini bermakna manusia sentiasa menganggap dirinya adalah cantik, hebat dan juga betul sepanjang masa. Manusia juga selalu berfikir tentang diri mereka sendiri dan juga kehebatan mereka. Sebab itulah, kadangkala mereka tidak suka kepada orang yang lebih cantik, lebih bijak, lebih hebat dan juga lebih kaya daripada mereka. Adakah anda bersikap begini? Jika betul, tahniah saya ucapkan. Ini bermakna, anda memang seorang manusia yang normal!

Apa yang ingin saya kaitkan di sini adalah walaupun kadangkala kita berpakaian agak selekeh, kita tidak perlu risau. Ini kerana, orang yang melihat kita hanya memandang kita sepintas lalu sahaja. Kalaupun mereka berfikir bahawa pakaian kita tidak cantik, mereka hanya memikirkannya untuk jangkamasa yang singkat sahaja. Selebihnya (dari masa mereka), akan mereka gunakan untuk berfikir tentang kehebatan diri mereka.

Seterusnya jika kita membuat kesilapan, janganlah terlalu risau. Gunakan pemikiran yang sama iaitu orang lain hanya akan memikirkan tentang kesilapan kita untuk jangkamasa yang singkat sahaja. Selebihnya akan mereka gunakan untuk berfikir tentang diri mereka ataupun tentang masalah seharian yang mereka hadapi.

Jika anda dapat berfikir begini, anda akan menjadi lebih yakin dan tidak merasa terlalu tertekan. Anda juga dapat memberikan lebih tumpuan terhadap perniagaan anda dan bukannya perkara remeh-temeh yang akan membazirkan masa anda.

Related Posts with Thumbnails

1 Response to Rahsia Membina Keyakinan Diri - Manusia Banyak Berfikir Tentang Diri Mereka Sendiri!

Avatar

Zakiah

June 8th, 2009 at 10:55 pm

tingkatkan maklumat

Comment Form

My Sponsor

Recent Comments

  • admin: Akak setuju sangat dengan apa yang Min cakap tu, “Kita hanya minta tolong, bukannya paksa...
  • admin: Tq Min.. Akak harap kita sama-sama berjaya. Insya’Allah..
  • min: betol tu…but sometime kita rs ego n try to solve sendiri sume masalah kita…n rasa malu nk minta...
  • min: good luck to you…hehe…semoga impian menjadi kenyataan……jadikan kedua2 kerjaya tu nanti...
  • idaazwe: saya sedang cari kerja part time.kawan saya ada ajak join zhulian ni..but saya jenis wa-was sal sblm no dah...

Nak Beli Buku?

Nak Jadi Guru Tuisyen?

Archives

Blogs I Read

My Blogs

My Friends

  • Icon Mimah

  • Icon Min

  • Icon Era

  • Icon Lord

  • Icon Siti Rohana