Usahawan Yang Berjaya Adalah Orang Yang Boleh Dipercayai

Hari ini saya ingin berkongsi satu ilmu yang telah diperturunkan oleh pensyarah saya, Dr Hassan iaitu bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Menurut Dr Hassan, dia telah berbual dengan seorang usahawan cina yang sangat berjaya. Memandangkan Dr Hasan merupakan pensyarah di dalam bidang keusahawanan, beliau telah bertanya dengan usahawan tersebut: “Apakah nasihat yang ingin anda berikan kepada usahawan baru ataupun sesiapa yang ingin menjadi usahawan?”

Usahawan itu menjawab satu-satunya nasihat yang ingin diberikan kepada usahawan baru adalah agar mereka menjadi orang yang boleh dipercayai. Kedengaran simple kan? Tapi itulah hakikatnya.

Setelah mendengar cerita beliau ini, saya mula terfikir tentang pengalaman-pengalaman saya di dalam menjalankan bisnes. Walaupun saya telah cuba sedaya upaya untuk menepati masa, menepati janji dan memberi yang terbaik di dalam bisnes, tapi kadangkala saya telah melakukan perkara-perkara yang mungkin boleh menggoyahkan kepercayaan pelanggan terhadap saya.

Selepas ini saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi usahawan yang boleh dipercayai. Semoga perkongsian ini juga dapat membantu rakan-rakan menjadi usahawan yang lebih baik.

One thought on “Usahawan Yang Berjaya Adalah Orang Yang Boleh Dipercayai

  1. eka

    sye akn mmbuka tadika pada awl taun dpn…
    bleh x,cik memberi tips untuk cstmer/parents supaya boleh mmpercayai saya untuk mghntr ank mereka ke tadika saya…ini pntg kepada saya kerana umur saya yang mude akan mencurigakan parents untuk mghantar ank mereka ke tadika saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.