Tanggapan Salah Tentang Kejayaan – Gembira Hanya Setelah Berjaya

Hari ini dan semalam saya telah mengikuti seminar ELDP (Entrepreneur Leadership Development Programme) oleh En Jamal  Hj No di Agensi Public Mutual, Johor Bahru.

Saya cuma ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya dapat daripada seminar ini iaitu tentang perancangan ke arah kejayaan. Kebanyakan dari kita mengganggap bahawa kita hanya akan berasa gembira apabila kita mencapai kejayaan. Tanggapan ini adalah salah kerana sebenarnya kita seharusnya merasa gembira semasa kita mula merancang untuk memulakan usaha ke arah kejayaan kita.

Contoh yang mudah adalah jika kita merancang untuk pergi bercuti. Adakah kita hanya akan merasa gembira apabila kita sampai di destinasi percutian kita? Bukankah kita merasa gembira dari awal lagi iaitu semasa kita mula-mula membuat keputusan untuk pergi bercuti? Kita juga pastinya merasa gembira semasa kita menempah tiket, mengemas baju dan juga di sepanjang perjalanan kita.

Contoh di atas menunjukkan yang kita seharusnya merasa gembira sebaik sahaja kita mempunyai hasrat untuk menjadi seorang yang berjaya. Apabila kita berfikiran begini, kita akan menjalani kehidupan dengan lebih gembira dan seterusnya akan lebih bersemangat menempuhi segala dugaan yang ditempuh di sepanjang perjalanan menuju kejayaan.

One thought on “Tanggapan Salah Tentang Kejayaan – Gembira Hanya Setelah Berjaya

  1. sumbuddy

    saya suka this word motivation…sesuatu yang tak pernah saya terfikir selama ini..hope so..usaha yang saya jalankan berjaya..namun memang benar..sepanjang perjalanan untuk menjayakan 'hasil' yang diinginkan memang mencabar… dan saya juga temui sesuatu dalam diri saya…yes..it is not how u success but how u handle the situation..failure of cos will meet along the road..but u will also meet interesting peoples.. thanx for the motivation…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *