Kita Belum Kalah Selagi Kita Tidak Mengaku Kalah..
“As long as a person doesn’t admit he’s defeated, he is not defeated-he’s just a little behind, and isn’t through fighting.”
— Darrell Royal, football coach
Hari ini saya ingin berkongsi quote di atas yang saya rasakan sangat sesuai ditujukan kepada rakan-rakan usahawan.
Sebagai seorang usahawan, saya pernah merasa seolah-olah saya seorang yang gagal kerana tidak mendapat hasil yang diidam-idamkan. Dan apabila saya melihat pencapaian rakan-rakan usahawan yang lain, saya merasa rendah diri kerana merasakan diri saya telah kalah kepada mereka.
Bila membaca quote ini, saya mula sedar bahawa walaupun kita jauh tertinggal di belakang; kita belum kalah selagi kita tidak mengaku kalah. Sama juga pengajaran daripada cerita kanak-kanak tersohor iaitu tentang perlumbaan arnab dan kura-kura.
Tidak dapat dinafikan di dalam hidup ini kadangkala kita menjadi seperti seekor kura-kura yang lembap dan rakan-rakan kita seperti seekor arnab yang aktif dan cergas. Namun begitu, percayalah bahawa Allah itu maha adil dan akan memberikan kemenangan kepada kita seadainya kita terus berusaha.
- Tips Membina Keyakinan Diri (Siri 2)
- Bersyukur dan Hargailah Nikmat Kesihatan