Sedekah Kepada Orang Tua – Jadikan Ia Satu Amalan

Memandangkan kita masih lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawal yang berbahagia ini, saya ingin berkongsi tentang satu amalan yang sangat baik dan patut diamalkan oleh rakan-rakan sekalian iaitu memberi sedekah kepada orang tua.

Ilmu ini telah diajar oleh arwah umi saya dan juga diperkukuhkan lagi oleh beberapa orang di sekeliling saya yang telah menjadikannya sebagai satu amalan.

Antara contoh yang tidak dapat saya lupakan adalah salah seorang pemimpin di Zhulian Agensi Skudai yang sangat saya hormati iaitu Puan Norashikin yang merupakan seorang yang sangat pemurah. Beliau mengamalkan memberi sedekah setiap kali bertemu orang tua.

Bayangkan, beliau juga memberi wang apabila berjumpa dengan ibu kepada Puan Hajah Ramlah (seorang jutawan Zhulian yang berpendapatan melebihi RM500,000 sebulan). Adakah kita juga akan melakukan perkara yang sama? Kita pastinya akan berfikir bahawa ibu seorang jutawan pastinya sudah cukup senang dan tidak patut diberi sedekah lagi.

Kenapa beliau melakukan perkara ini? Ini kerana ia dapat membahagiakan hari orang-orang tua dan seterusnya mereka akan mendoakan kita. Do’a orang tua merupakan do’a yang mustajab dan akan memberi berkat kepada rezeki yang kita perolehi.

Saya percaya rakan-rakan juga ada memberi sedekah sebelum ini, tetapi biasanya kita akan memberi kepada orang-orang tertentu sahaja. Begitu jugalah saya sebelum ini. Untuk mengamalkan ilmu ini, rakan-rakan boleh memulakannya dengan memberi sedekah kepada ibu bapa, datuk, nenek, nenek saudara, ibu saudara, bapa saudara dan juga saudara-saudara yang telah berumur, ibu bapa kepada rakan-rakan rapat, jiran tetangga dan juga sahabat-sahabat ibu dan bapa kita.

Selamat bersedekah!

2 thoughts on “Sedekah Kepada Orang Tua – Jadikan Ia Satu Amalan

  1. Aisyah

    Sebenarnya sebelum masuk Zhulian, maaf saya katakan tanggapan saya buruk terhadapnya.Mungkin kerana melihat pengalaman keluarga sendiri iaitu ibu saya yang masuk tapi tak menjadi.Bila kaki saya melangkah ke sana tanggapan itu tidak benar sama sekali.Sebenarnya memerlukan sedikit kerajinan dan memperolehi kekayaan yang perpanjangan keakhir hayat.Believe me!!Saya orangnya begitu berkira setiap ringgit yang saya keluarkan.Namun saya akui, ikhlas dari hati perniagaan zhulian memang yang terbaik.Hendak tahu lebih lanjut hubungi saya di talian 017-3111198 (Aisyah).Lokasi Damansara Damai.Office untuk dengar taklimat di kota Damansara.Percaya cakap saya, sebab saya dah cuba memang berkesan…good luck untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *