Rahsia Saya Untuk Kekal Bahagia Dan Ceria

Apa yang saya buat adalah memilih dengan siapa saya berurusan, dan tidak membazir masa dengan orang yang tak best.

Sebagai contoh, dalam perjalanan dari KL-JB semalam, sebelum pintu boarding gate dibuka, saya duduk di sebelah seorang lelaki.

Apabila berbual ringkas dengannya, dia bercakap dengan nada yang agak sombong. Saya pun menamatkan perbualan, dan membaca buku.

Dalam flight pulak, saya duduk di sebelah sepasang suami isteri yang dah berusia 50-an. Pakcik tu merupakan staf MAS dan isteri dia suri rumah yang menerima tempahan menjahit.

Makcik tu peramah dan sangat best. Jadi kami berbual dengan penuh mesra di sepanjang perjalanan. 45 minit berlalu begitu cepat bila kita bersama orang yang best.

Yang bestnya, makcik tu siap cakap,

Makcik rasa gembira sangat dapat dipertemukan dan duduk di sebelah awak.

 

Sebelum pergi ke Vietnam, saya sibuk mencari tukang jahit. Alhamdulillah Allah aturkan pertemuan saya dengan seorang tukang jahit yang baik hati di dalam perjalanan balik.

Eh, panjang pulak ceritanya. 🙂

Kesimpulannya, kalau jumpa orang yang tak best, tak ada chemistry atau tak appreciate kita, move on dan cari kenalan lain yang lebih best.

Begitu juga di tempat kerja. Kalau kawan sekerja kita tak best, cari kawan lain, atau tukar tempat kerja.

Kalau dengan pasangan macamana? Sama jugak. Kalau dia dah tak appreciate kita, buat apa nak teruskan? Move on dan kita mungkin akan jumpa orang yang lebih baik.

 

 

One thought on “Rahsia Saya Untuk Kekal Bahagia Dan Ceria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *