Menerima Perbezaan Pandangan Dengan Hati Terbuka

Pernahkah anda merasa kecewa dengan pasangan/rakan/teman sekerja/ahli keluarga atau majikan anda kerana merasakan bahawa mereka tidak melihat sesuatu daripada sudut pandangan anda?

Sebenarnya perbezaan pandangan di antara manusia adalah satu fitrah semulajadi dan tidak patut menjadi satu perkara yang perlu diperbesarkan dan menjadi satu alasan kepada kita untuk berasa kecewa, berdendam atau bermusuh dengan pihak yang lain.

Sebagai contoh, apabila melihat gambar di bawah, apakah yang anda nampak? Adakah anda nampak lukisan seorang wanita muda atau seorang wanita tua atau kedua-duanya?

Seterusnya lihat gambar ini. Apakah yang anda nampak? Adakah anda nampak seekor katak, kepala kuda atau kedua-duanya?

Setelah melihat gambar ini, cuba tanya rakan-rakan anda, apakah yang mereka nampak. Saya pasti, jawapan yang mereka berikan pastinya akan berbeza dengan jawapan anda. Malah mungkin ada juga yang tidak nampak apa-apa. Hal ini membuktikan bahawa setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

Saya mula memahami konsep ini setelah membaca buku The 7th Habits of Highly Effective People oleh Stephen R. Covey dan mula memahami kepentingan konsep ini selepas mengikuti seminar dan kelas motivasi yang dianjurkan oleh Public Mutual.

Dengan memahami konsep ini, kita seharusnya menerima hakikat bahawa setiap manusia adalah unik dan memiliki pemikiran yang berbeza. Bayangkan jika semua orang mempunyai selera yang sama dengan anda, pastinya hidup kita akan menjadi sangat stereotype dan memboringkan. Lebih bahaya lagi, suami anda juga mungkin akan turut diminati oleh rakan-rakan wanita yang lain. 🙂

Dengan bahasa yanag lebih mudah, arwah umi saya sering berpesan begini,

“Kalau semua orang mempunyai pandangan atau citarasa yang sama, maka tidak habislah baju-baju di kedai..”

Seterusnya kita juga harus faham bahawa di dalam sesebuah perselisihan, setiap pihak pasti akan merasa dirinya betul dan akan cuba sedaya upaya untuk menjustifikasi tindakan mereka. Dengan memahami dan mempraktikkan perkara ini, sebenarnya anda akan menjadi seorang manusia yang lebih bahagia. Ini kerana, anda tidak perlu susah payah untuk berfikir siapa yang betul atau salah, apa yang perlu dibuat untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah, apa yang perlu dibuat untuk membuktikan bahawa pihak lain yang bersalah dan sebagainya.

Hal-hal di atas sebenarnya sangat merugikan masa, tenaga dan emosi anda. Apa yang lebih baik adalah bagi anda untuk menerima perbezaan pandangan dengan hati terbuka, memohon maaf dan mengalah, ambil pengajaran di atas perkara yang berlaku, take note and move on.

Walaupun kadangkala kita merasa sangat berat hati untuk mengalah, tambahan lagi apabila keluarga dan rakan-rakan terdekat menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kita, tetapi ingatlah pepatah ini:

Sometimes, we have to lose a battle to win a war

(Kadangkala kita harus kalah di dalam pertempuran kecil bagi memenangi peperangan)

Insya’Allah apabila kita mengalah, pihak lain akan menyedari kesilapan mereka (walaupun mereka tidak akan mengakuinya) dan rasa hormat mereka kepada kita akan bertambah.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan kepada rakan-rakan dalam berdepan dengan karenah orang-orang di sekeliling anda dan juga sebagai satu ingatan untuk diri saya sendiri di masa akan datang.

Ikhlas,

One thought on “Menerima Perbezaan Pandangan Dengan Hati Terbuka

  1. Aminah Saad

    Iye, betul tu…what other think may not what we think..but we always hope people to think like us…

    Jadi apa kata kita cuba beradaptasi dengan hal ni n dont take too serious when pandangan org tak sm dengn pandangan kita.

    Senyum selalu 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *