Kesilapan Menjadikan Kita Insan Yang Lebih Baik

Cliche tak tajuk hari ni? Tapi itulah yang berlaku pada diri saya. Sebenarnya saya ni seorang yang degil, keras kepala, suka mencuba dan macam-macam lagi sikap-sikap yang susah nak dijumpai pada orang lain. Memang daripada sekolah lagi saya ada masalah untuk ikut peraturan dan sikap tu pun terbawa-bawa masa saya bekerja.

Saya juga banyak buat silap yang telah merugikan saya. Contohnya membeli barang yang tidak penting, menyertai MLM sampai sanggup berhenti kerja, memulakan perniagaan tanpa modal yang mencukupi, menyertai pelbagai skim pelaburan yang akhirnya menghanguskan duit saya, mengabaikan bayaran pinjaman pelajaran, tidak membayar hutang kredit kad dan sebagainya.

Dan sebagai hasilnya, saya pernah berada di dalam keadaan kesempitan wang yang teramat, nama saya juga sudah diblacklist di beberapa bank walaupun sebenarnya hutang saya bukanlah terlalu banyak pun. Sana RM2000, sini RM1000, total hutang pun takdela sampai RM10,000. Dan disebabkan ini, saya mengalamai kesukaran untuk membuat apa-apa pinjaman. Padan muka saya!

Tapi Alhamdulillah, perkara-perkara yang telah berlaku di dalam hidup saya telah menjadikan saya insan yang lebih baik. Saya sekarang mula pandai menguruskan wang dan juga memahami selok belok pengurusan kewangan. Saya juga tahu yang berapa banyakpun pinjaman kita dengan bank, selagi kita membayar secara tetap dan amanah, pihak bank tidak akan teragak-agak untuk meluluskan pinjaman kita yang lain. Dan berapa kecikpun hutang kita, jika kita tidak berdisiplin dalam membuat pembayaran, pihak bank tidak akan meminjamkan wang kepada kita lagi.

Pengalaman berada dalam kesusahan juga telah menjadikan saya lebih memahami perasaan orang yang berada di dalam kesusahan dan juga menjadikan saya lebih bersyukur dengan segala rezeki Allah.

Semoga perongsian ini dapat menjadi pedoman rakan-rakan dan seterusnya menjadikan anda insan yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.