Wednesday October 3, 2007 09:11
Cara Merancang Kewangan yang Terbaik – Rekodkan Setiap Perbelanjaan Anda!
Semalam semasa saya sedang mengemas bilik saya, saya berjumpa sebuah buku untuk merekodkan setiap perbelanjaan. Sebenarnya saya telah mendapat buku ini secara percuma dari booth Bank Negara semasa saya menyertai sebuah seminar tentang perancangan kewangan pada awal tahun ini.
Walaupun saya tahu bahawa langkah pertama di dalam pengurusan dan perancangan kewangan adalah merekodkan setiap perbelanjaan, namun saya sendiri selalu bertangguh untuk melakukan perkara ini. Ini kerana, daripada rekod perbelanjaan kita, kita dapat mengenal pasti ke mana perginya duit kita dan kita banyak menghabiskan duit kita untuk apa. Dari sini, kita tahu kelemahan kita dan seterusnya memudahkan kita untuk mengubah tabiat kita.
Dan memandangkan saya sudah berjumpa buku ini, jadi saya pun terus menulis perbelanjaan saya untuk hari ini. Saya berazam untuk menjadikan perkara ini satu amalan dan akan merekodkan perbelanjaan harian saya setiap hari.
Kepada rakan-rakan yang tidak mempunyai buku sebegini, tidak mengapa. Anda boleh menulis di dalam diari ataupun merekodkannya di dalam komputer melalui Excel.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
- Category: Tips & Motivasi Kehidupan
- (3) Comments






ati
October 4th, 2007 at 12:20 pm
rajinnye mu kemas bilik joy, heheh. Hmm bab rekod perbelanjaan ni aku pernah try wat dulu, tp tu la kadang2 lupa nak catit. Skrg takde wat dah.
sofi
January 16th, 2008 at 3:22 am
Saya pula nak bagi pujian da cadangan ni…bagus rasanya rekod semua pembelanjaan tu sebab bank yang cadangkan buat macam tu, sebab tu bank kaya,jadi mari kita pakat-pakat rekod. Dan cadangan saya pula kalau ada masaalah terlupa nak catit tu, saya cadangkan guna kertas A3 dan lekatkan kat pintu masuk rumah,setiap kali nak keluar dan masuk rumah tu sekurangnya nampak juga,mungkin kita lupa dan tak ingat tapi masih ada penghuni rumah kita boleh tolong ingatkan,bukan sekadar tolong ingat tapi mungkin boleh tolong catitkan untuk kita….ok ke gitu…
Liana
May 8th, 2008 at 5:28 pm
I rasa idea ni bagus juga,sekurang kurangnya kita tau sapo dok hutang kat kita so bolehlah kita tagih,,ha ha ha,,nak try ni