Adik Saya Mengalami Kemalangan Kereta & Apa Yang Patut Dilakukan Jika Ia Menimpa Anda

Hari ini adik saya telah terlibat di dalam satu kemalangan yang melibatkan tiga biji kereta dan sebuah motosikal. Kemalangannya tidaklah seteruk gambar di atas dan semua pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Malangnya pemandu motorsikal (yang berada paling belakang) masih tidak sedarkan diri akibat hentakan kuat pada kepala.

Berdasarkan cerita adik saya, keretanya berada di tengah2 dan dia telah dilanggar oleh kereta belakang manakala kereta belakang pula dilanggar oleh motosikal. Hal ini juga diakui oleh pemandu kereta di hadapan adik saya dan juga pembonceng motosikal.

Setelah kemalangan berlaku, adik saya telah memindahkan keretanya ke tepi jalan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Selepas polis penyiasat trafik sampai dan mengambil keterangan dan gambar, adik saya tidak terus ke balai polis sebaliknya telah ke hospital untuk melihat keadaan pemandu motosikal.

Setelah itu, barulah dia dan pemandu kereta yang paling depan ke ibu pejabat polis trafik untuk membuat laporan polis. Walaupun dia dan pemandu kereta pertama membuat keterangan bahawa keretanya berada di tengah2 dan dia dilanggar oleh kereta ketiga, polis menolak keterangannya kerana pemandu kereta ketiga telah membuat laporan terlebih dahulu dan mengatakan bahawa kereta adik saya berada paling belakang.

Memandangkan kemalangan ini adalah agak kecil dan keadaan kereta tidaklah terlalu teruk, polis tidak dapat membuat kesimpulan yang tepat hanya berdasarkan kesan perlanggaran pada kereta. Dan memandangkan pemandu kedua telah pun membuat laporan polis terlebih dahulu, maka adik saya telah pun dikenakan kompaun.

Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati adik saya kerana dia seolah2 telah dikambing hitamkan oleh pemandu kereta kedua.

So malam tadi abang ipar saya telah menemani adik saya ke ibu pejabat polis trafik untuk membincangkan perkara ini. Setelah berbincang buat beberapa ketika, terdapat beberapa perkara yang menimbulkan keraguan berdasarkan keadaan kereta adik saya dan juga kereta-kereta yang lain.

Setelah berbincang dengan pegawai yang terlibat, pegawai itu mula menyedari perkara ini. Pegawai itu juga telah memaklumkan kepada adik saya bahawa walaupun adik saya telah dikenakan kompaun, dia masih boleh mempertikaikan perkara ini jika pemandu motosikal membuat kenyataan bahawa pemandu motosikal telah melanggar kereta ketiga dan bukannya kereta adik saya. Namun begitu hal ini juga akan menjadi agak rumit kerana pemandu kereta ketiga bertegas menyatakan bahawa dia berada di tengah2.

Fuh, panjangnya cerita saya ni. So, apakah kesimpulannya?

1. Apabila berlaku kemalangan, hentikan kenderaan dan terus ambil gambar kejadian kemalangan itu.

2. Ambil gambar keseluruhan (depan belakang) kereta kita dan juga kereta2 lain yang terlibat.

3. Ambil maklumat (lesen kenderaan, nama pemandu, jenis kenderaan dll) kenderaan2 lain yang terlibat.

4. Seboleh-bolehnya jangan alihkan kenderaan anda. Jika anda mengalihkan kenderaan anda, anda sebenarnya telah mengganggu siasatan polis kerana mereka perlu membuat analisa berdasarkan kesan kemalangan pada kenderaan untuk menentukan kedudukan asal kenderaan semasa kemalangan. Apabila ini berlaku, ia mungkin akan menyusahkan anda kerana kadangkala kereta anda mungkin telah kemek sedia ada tetapi dianggap telah kemek akibat kemalangan dan boleh menyebabkan pihak polis membuat keputusan yang salah.

5. Hubungi ejen insurans kereta anda dan minta pendapat mereka sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Biasanya ejen insurans boleh membantu menenangkan anda dan memberitahu apa yang patut dilakukan seterusnya.

6. Cuba berfikir dengan tenang tentang kejadian yang berlaku dan memberi keterangan ataupun membuat laporan polis apabila anda benar2 yakin dengan kejadian yang berlaku. Ini kerana, jika cerita anda berubah2 dan tidak meyakinkan, anda mungkin boleh dikenakan hukuman kerana dianggap cuba menipu pihak berkuasa.

Akhir kata, diharap semua rakan-rakan lebih berhati-hati semasa memandu untuk mengelakkan kemalangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *