Adakah Anda Cemburu Dengan Kejayaan Rakan Anda?

Pernahkan anda merasa cemburu apabila melihat rakan-rakan anda kelihatan lebih berjaya daripada anda? Adakah anda merasa cemburu apabila membaca kisah-kisah kejayaan usahawan di dada-dada akhbar dan majalah?

Jika anda termasuk di dalam golongan di atas, maka dengan ini saya mengesahkan bahawa anda memanglah seorang manusia normal yang berjiwa keusahawanan seperti saya.

Tidak dapat dinafikan, saya memang sangat cemburu apabila melihat kejayaan rakan-rakan yang lain. Ini mungkin disebabkan semangat bertanding (competitiveness) dalam diri saya sangat tinggi.

Walaupun saya tidak pernah meluahkan perasaan ini secara terang-terangan tetapi setiap kali melihat atau mendengar tentang kejayaan rakan-rakan, saya memang akan merasa cemburu yang teramat sangat.

Tambahan pula dengan kecanggihan teknologi dan juga penggunaan FB yang membolehkan kita mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan. Masakan saya tidak cemburu apabila melihat rakan-rakan menunaikan haji/umrah, melancong ke luar negara, memakai kereta mewah, memiliki rumah mewah dan berpenampilan hebat.

Sebenarnya cemburu ni ada bagusnya. Cemburu boleh menjadikan kita lebih bersemangat dan rajin berusaha. Cemburu juga boleh membantu kita mempunyai matlamat yang jelas (memakai kereta jenama xxx, memiliki rumah berharga xxx, dll). In fact, kebanyakan usahawan adalah orang yang cemburu.

Orang yang tidak cemburu adalah orang biasa yang selalu berfikir, “Takpelah itu rezeki dia. Rezeki aku setakat ni je. Aku redha..” Bagi saya, redha ni memang la bagus. Tetapi bukankah agama Islam sendiri menggalakkan kita untuk berusaha. Ada pepatah mengatakan,

“Bekerjalah seperti kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah seperti kamu akan mati pada esok hari”

So, bila dah cemburu apa yang saya buat?

  1. Saya akan perhatikan dan kaji bagaimana cara dia bekerja.
  2. Saya akan cuba mendekati dia untuk belajar bagaimana dia mencapai kejayaan.
  3. Saya akan ikuti perkembangan hariannya untuk mengetahui apakah aktiviti yang dilakukan.

Bak kata pepatah,

If you cannot beat them, join them

Dengan kata lain, saya cuba untuk berkawan dan bersahabat dengan orang-orang yang saya cemburui. Dan Alhamdulillah, dengan cara ini saya dapat merapatkan diri dan seterusnya dapat belajar dengan orang-orang yang berjaya.

Jadi, kepada rakan-rakan yang ada sifat cemburu yang tinggi, salurkan sifat cemburu anda ke arah kebaikan dan cuba dekati orang yang anda cemburui secara baik. InsyaAllah suatu hari nanti anda juga akan sama-sama berjaya seperti mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *