Tips Membina Keyakinan Diri (Siri 2)

Hari ini saya ingin berkongsi satu komen yang telah diberikan oleh pengunjung blog saya berkenaan cara meningkatkan keyakinan diri. Berikut adalah komen beliau..

salam….
sy selalu kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai atau pun rakan2….terutama ketika ingin membuat presentation di hadapan kelas….mula2 sy rasa yakin tetapi ketika berhadapn dengan rakan2 dan lecterer sy mula rasa takut sampai suara sy x keluar…..puas sy cuba menguatkn suara tetapi x boleh jg..ini membuatkan sy berasa sangat malu ketika berhadapan dengan kawan2…..kadang2 sy rasa macam nk berhenti belajar sebab sy x ade keyakinan diri,tetapi sy teringatkan mak ngan ayah itu yang bagi semangat kat sy untuk terus belajar….sy juga ade cube berbagai tips untuk meningkatkan keyakinan diri, tetapi tetap tidak boleh….sy harap anda dapat membantu sy ………

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, ingin saya tekankan bahawa saya bukanlah seorang pakar di dalam bidang ini. Saya hanyalah seorang insan biasa yang berminat dengan perkara ini memandangkan dulunya saya juga mempunyai self-esteem yang rendah.

Sebagai manusia biasa, kadang kala saya juga merasa tidak yakin dengan diri sendiri. Namun begitu, berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya keyakinan diri bukanlah sesuatu yang semula jadi sebaliknya ia boleh dipupuk dan diperkembangkan. Untuk tidak menghampakan pengunjung ini, hari ini saya akan berkongsi 2 tips yang mungkin boleh membantu beliau dan rakan2 lain untuk meningkatkan keyakinan diri.

1. Memakai pakaian yang sopan, bersih dan kemas.

Salah satu cara untuk membina keyakinan diri adalah dengan memakai pakaian yang selesa dan kemas. Apabila penampilan kita baik, kita akan merasa lebih yakin. Sebab itulah kebanyakan orang yang terlibat di dalam bisnes atau kerja yang memerlukannya untuk berurusan dengan orang ramai akan menyediakan budget khusus untuk membeli pakaian yang sesuai bagi menjaga penampilan diri.

Saya bukan mengesyorkan anda membeli pakaian berjenama di luar kemampuan anda, sebaliknya pilih pakaian yang sesuai dengan budget anda. Anda juga boleh menyediakan beberapa helai baju khas yang boleh digunakan pada hari-hari yang penting contohnya hari membuat presentation dan sebagainya. Pemilihan sandal/kasut juga penting. Kadangkala kasut yang tidak sesuai akan membuatkan kita berasa janggal dan tidak selesa.

Pendek kata, seciput manapun budget anda, sediakan satu persalinan baju dan kasut yang kemas bagi membantu meningkatkan keyakinan diri anda.

2. Ingatlah Bahawa Setiap Orang Mempunyai Masalah

Tips kedua ini jika difahami betul2 pasti akan menjadikan anda seorang yang sangat berkeyakinan tinggi.

Analoginya begini.. setiap manusia mempunyai masalah dan setiap manusia menghabiskan hampir keseluruhan masa mereka untuk memikirkan tentang diri dan masalah mereka.

Jadi, kalaupun anda tidak membuat presentation dengan baik atau membuat sebarang kesalahan semasa presentation, percayalah bahawa orang lain tidak akan memikirkan sangat tentang hal ini. Ini kerana, mereka sibuk memikirkan tentang diri dan masalah mereka.

Kalaupun mereka bercakap di belakang dan menghina/mengutuk anda ia hanyalah untuk tempoh waktu yang singkat.

Percaya atau tidak, tips inilah yang digunakan oleh semua orang yang terkenal di seluruh dunia apabila diri mereka menjadi bahan gossip. Apa yang mereka lakukan hanyalah bertenang dan menunggu sehingga semua orang selesai memperkatakan tentang diri mereka.

Ini kerana, mereka tahu bahawa orang lain juga mempunyai masalah peribadi dan tidak akan menghabiskan sepanjang masa untuk memperkatakan tentang diri mereka. Hasilnya? Orang-orang yang terkenal ini tidak tertekan dan mampu meneruskan hidup dan kerjaya mereka seperti biasa.

Kalau dulu saya agak memandang negatif dengan golongan artis dan selebriti, tetapi setelah menyedari tentang perkara ini, saya mula menghormati mereka. Ini kerana, setiap artis pasti akan dilanda gossip dan hanya orang yang berjiwa besar sahaja mampu melalui perkara ini dan terus bertahan.

Saya harap 2 tips ini dapat dipraktikkan bagi membantu anda menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. Jika anda rasa tips ini membantu, sila berikan feedback anda di bahagian komen..

9 thoughts on “Tips Membina Keyakinan Diri (Siri 2)

  1. Aevelinus

    sebenarnya sy mempunyai masalah keyakinan diri apabilah bertemu dgn rakan2,jiran2,org2 dsekeliling sy,bukan saja itu sy juga mempunyai sifat pemalu dlm diri,padahal sy seorang lelaki…,kadang2 apabila membuar presentation dhadapan kawan2 sy gagap dan muka sy akan menjadi merah dan itu membuat saya terasa seperti org bodoh…..sy juga mempunyai masalah apabilah pergi ke sesuatu tmpt dan sy berasa takut..tp bila sy punyai teman/kawan karib keyakinan dlm diri tiba2 saja membara..sy harap anda dpt membantu saya kerana sy mc seorang pelajar,dan mc menunggu tawaran utk masuk ke mana2 IPTA..Dan stiap kali memikirkan hal utk memasuki IPTA sy akan kehilangan keyakinan diri,dan menyebabkan sy berasa takut..Bukan itu sj,perasaan takut itu juga menyebabkan sy berprasangka buruk kpd jiran2 saya/berfikiran negatif kpd org lain…Oleh itu sy sgt berharap agar anda dpt membantu sy…….

  2. Adie

    Asalamualaikum…..saya remaja berumur 19tahun.masalah yang saya hadapi sekarang nie kurang keyakinan diri dan saya hadapi tekanan emosi yang trlalu berat daripada orng sekeliling….sa harap anda dapat mmbantu menyelesaikan masalah saya ini…

    1. FadzilahMamat Post author

      Waalaikumussalam.

      Sebenarnya masalah keyakinan diri memang selalu terjadi pada remaja dalam lingkungan umur Adie ni.

      Salah satu cara untuk atasi masalah Adie adalah dengan membantu orang-orang di sekeliling Adie. Percaya atau tidak, bila kita membantu orang lain, keyakinan diri kita akan meningkat dan kita akan menjadi orang yang lebih bahagia.

  3. gee

    tips yg berguna.saya juga kadang2 timbul rasa hilang keyakinan diri menyebabkan ada segelintir rakan sekerja mengambil kesempatan memperbodohkan diri saya.rasanya selepas ini saya akan mempraktikkan apa yg saya pelajari dr tips ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *