Soal Jawab Masalah Keyakinan Diri

Komen dari Aevelinus:

sebenarnya sy mempunyai masalah keyakinan diri apabilah bertemu dgn rakan2,jiran2,org2 dsekeliling sy,bukan saja itu sy juga mempunyai sifat pemalu dlm diri,padahal sy seorang lelaki…,kadang2 apabila membuar presentation dhadapan kawan2 sy gagap dan muka sy akan menjadi merah dan itu membuat saya terasa seperti org bodoh…..sy juga mempunyai masalah apabilah pergi ke sesuatu tmpt dan sy berasa takut..tp bila sy punyai teman/kawan karib keyakinan dlm diri tiba2 saja membara..sy harap anda dpt membantu saya kerana sy mc seorang pelajar,dan mc menunggu tawaran utk masuk ke mana2 IPTA..Dan stiap kali memikirkan hal utk memasuki IPTA sy akan kehilangan keyakinan diri,dan menyebabkan sy berasa takut..Bukan itu sj,perasaan takut itu juga menyebabkan sy berprasangka buruk kpd jiran2 saya/berfikiran negatif kpd org lain…Oleh itu sy sgt berharap agar anda dpt membantu sy…….

 

Saya tuliskan semula masalah beliau dalam bentuk point beserta nasihat saya:

1. Tidak yakin apabila bertemu dengan rakan-rakan, jiran-jiran dan orang-orang di sekeliling

Kenapa rasa takut dengan orang sekeliling? Adakah anda rasa tidak yakin dengan fizikal anda? Adakah anda rasa anda kurang hensem, kurang bijak, kurang best atau kurang kaya?

Kalau kita rasa kita kurang, pasti ada yang lebih kurang dari kita. Cuba awak tengok balik orang di sekeliling awak, pasti mereka pun ada kekurangan.

Saya sendiri pun bukanlah terlalu sempurna dan ada kelemahan. Tetapi, orang sekeliling kita sebenarnya tak kisah dengan kelemahan kita. Ingat, setiap orang sibuk fikir tentang masalah dan kelemahan masing-masing dan mereka tiada masa untuk berfikir tentang masalah dan kelemahan orang lain.

Kita tak perlu menjadi orang yang paling best, tapi kita boleh buat orang lain rasa best bila di samping kita.

Macamana nak buat orang rasa best?

Dengan memberi pujian, menghargai dan berbuat baik kepada mereka.

Bila kita buat orang rasa best, orang pun akan anggap kita sebagai seorang yang best. Cubalah..

 

2. Pemalu

Bagi saya sikap ni okay je. Saya rasa kebanyakan orang pun suka dengan orang yang pemalu berbanding dengan orang yang kurang malu.

 

3. Gagap, muka menjadi merah dan rasa bodoh bila buat presentation

Bercakap di khalayak ramai merupakan satu benda yang paling ditakuti oleh kebanyakan orang. Jadi, ini merupakan satu perkara biasa.

Ketakutan ini akan hilang melalui latihan. Kalau kita dah biasa buat, apatah lagi kalau kita present benda yang sama, ketakutan ini akan beransur-ansur hilang.

Sama jugak macam penyanyi. Mula-mula malu nak nyanyi depan orang, tapi bila dah selalu menyanyi, pasti boleh menyanyi dengan baik walaupun di depan ribuan penonton.

Yang penting, praktis.. praktis.. dan praktis..

 

4. Takut bila pergi ke sesuatu tempat

Adakah awak maksudkan takut bila pergi ke sesuatu tempat yang baru? Sebenarnya bila awak pergi ke sesuatu tempat yang baru ataupun berkenalan dengan orang yang baru, bukan awak sorang je yang rasa takut. Orang lain pun takut jugak..

Jadi, perkenalkan diri awak dengan sopan. Malah, awak pun boleh je cakap, “Saya nervous sebenarnya ni”. Entah-entah rakan baru awak tu pun akan cakap, “Saya pun nervous jugak!” 🙂

 

5. Rasa kurang yakin dan takut bila fikir akan melanjutkan pelajaran di IPTA

Setiap orang yang nak memulakan sesuatu yang baru akan berperasaan macam ni. Untuk hilangkan perasaan ni, awak boleh minta orang yang dah ada pengalaman belajar di IPTA untuk berkongsi kisah mereka pada peringkat awal mereka memulakan pengajian.

Sebenarnya hidup di kampus tak banyak beza dengan kehidupan di sekolah sebab kita akan dikelilingi rakan-rakan satu Course dengan kita. Malah, awak juga mungkin akan berjumpa teman sejati awak di sana.

Jangan fikir terlalu jauh. Take one step at a time. InsyaAllah segalanya akan okay je..

 

6. Takut sehingga menyebabkan prasangka buruk dan berfikiran negatif pada jiran-jiran

Yang ni kalau boleh elakkanlah. Bila kita berprasangka buruk, kita yang akan tension. Jadi cuba hilangkan perasaan negatif macam ni.

Tak perlu takut pada sesiapa sebab kita semua hanyalah manusia yang lemah. Sebaliknya kita perlu takut kepada Pencipta kita iaitu Allah.

 

Ok, setakat tu sahaja nasihat saya. Semoga ia dapat membantu Aevelinus ya. Good luck di IPTA nanti!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *