Rahsia Membina Keyakinan Diri – Manusia Banyak Berfikir Tentang Diri Mereka Sendiri!

Hari ini saya ingin berkongsi tentang sebuah rahsia membina keyakinan diri. Sebenarnya rahsia ini saya dapat apabila saya membaca sebuah buku yang bertajuk “How to Win Friends and Influence People” oleh Dale Carnegie. Buku ini merupakan satu buku yang sangat bagus dan saya telah membacanya berkali-kali. Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja terutamanya kepada mereka yang terlibat di dalam perniagaan.

Di dalam buku ini penulis telah menceritakan bahawa manusia merupakan sebuah makhluk yang sangat ego. Ini bermakna manusia sentiasa menganggap dirinya adalah cantik, hebat dan juga betul sepanjang masa. Manusia juga selalu berfikir tentang diri mereka sendiri dan juga kehebatan mereka. Sebab itulah, kadangkala mereka tidak suka kepada orang yang lebih cantik, lebih bijak, lebih hebat dan juga lebih kaya daripada mereka. Adakah anda bersikap begini? Jika betul, tahniah saya ucapkan. Ini bermakna, anda memang seorang manusia yang normal!

Apa yang ingin saya kaitkan di sini adalah walaupun kadangkala kita berpakaian agak selekeh, kita tidak perlu risau. Ini kerana, orang yang melihat kita hanya memandang kita sepintas lalu sahaja. Kalaupun mereka berfikir bahawa pakaian kita tidak cantik, mereka hanya memikirkannya untuk jangkamasa yang singkat sahaja. Selebihnya (dari masa mereka), akan mereka gunakan untuk berfikir tentang kehebatan diri mereka.

Seterusnya jika kita membuat kesilapan, janganlah terlalu risau. Gunakan pemikiran yang sama iaitu orang lain hanya akan memikirkan tentang kesilapan kita untuk jangkamasa yang singkat sahaja. Selebihnya akan mereka gunakan untuk berfikir tentang diri mereka ataupun tentang masalah seharian yang mereka hadapi.

Jika anda dapat berfikir begini, anda akan menjadi lebih yakin dan tidak merasa terlalu tertekan. Anda juga dapat memberikan lebih tumpuan terhadap perniagaan anda dan bukannya perkara remeh-temeh yang akan membazirkan masa anda.

11 thoughts on “Rahsia Membina Keyakinan Diri – Manusia Banyak Berfikir Tentang Diri Mereka Sendiri!

  1. syahirahmdnor

    sy ingin memnta bantuan dari anda,
    sy takde keyakinan lagsung
    mmg dh bnyk cr sy lakukn tp still lg tak boleh
    coz sy tak berani
    mcm mne ni

  2. Raja Zulkifli

    Info anda terlalu sikit, belum boleh dikatakan rahsia membina keyakinan diri. ini baru foundation or just surface for building our confident. So tambahkan lagi maklumat yang sesuai seperti fitrah kejadian manusia. kita dilahirkan sama cuma bagaiman kita menggunakan peluang yang ada. Ke 2 setiap kita ada kelemahan dan kelebihan. please fokus kepeada kelebihan yang Allah SWT bagi. dalam masa yang sama kurangkan kelemahan diri. Ke 3 ingat sesuatu itu hanya diperolehi melalui keinginan yang tinggi dan terakhir kita mesti melakukannya baru kita perolehi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *