Tagged: mlm

Kenapa Saya Berhenti Melakukan Bisnes Zhulian?

Hari ini saya telah membaca satu komen daripada pembaca saya iaitu Fiza Pareb seperti berikut:

Saya saja je nak tanya..sebenarnya saya terbuka email nie masa saya cari prospek tuk .saya nak tanya kenapa akak berenti?dah banyak ke modal akak kuarkan?mesti akak dah sampai tahad DIAMOND and dah dapat tabung kete..seaba tu akak berenti..sebab ramai yang saya dah jumapa sumenya mcm tu..lebih membuktikan lagi jiran saya pn mcm tu..dah dapat kete..kurang setahun terus berenti..nape ye?leh share..dan nasihat akak tuk saya yang dah join hmpir 7 bulan dan dah bermodal sndiri hmpir rm8000, dh mkn B-young tapi nak cari prospek pn susah dan x capai2 pn lg SE.sedih tak? untuk pengetahuan akak saya hampir putus asa dan pada pendapat saya bukannya menguntungkan, merugikan ada.emas lebuh..duit pn lesap..

Kerana jawapan kepada soalan ini agak panjang dan mungkin boleh dijadikan panduan kepada rakan-rakan yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk menulis post ini instead of menjawab komen Fiza di bahagian komen.

So, nak tahu kenapa saya berhenti? Soalan cepu emas ni. Rasanya itulah jugak yang menjadi persoalan upline saya dulu.

Terdapat banyak sebab yang telah mendorong saya untuk terus berhenti daripada bisnes Zhulian. Namun begitu antara sebab yang utama adalah kerana tidak tahan dengan sikap upline yang suka memaksa dan suka mengambil kesempatan terhadap saya dan juga terhadap prospek saya di dalam bisnes Zhulian. Disebabkan sikapnya yang terlalu memaksa di dalam membuat sales, saya merasa sangat tertekan.

Maklumlah masa tu saya agak muda (saya menyertai bisnes ini semasa berumur 23 tahun), jadi saya menghormatinya dan menerima segala perlakuannya terhadap saya dan prospek saya. Namun, setelah beberapa lama saya nekad untuk berhenti kerana tidak dapat mengikuti cara yang diamalkannya dalam melakukan bisnes Zhulian.

Nasihat saya kepada yang nak melakukan bisnes, andainya anda berminat untuk melakukan sesebuah perniagaan atau apa juga bisnes yang melibatkan upline dan downline, janganlah terus mendaftar dengan orang pertama yang anda jumpa sebaliknya cari seorang leader yang anda rasa anda boleh bekerja dengannya. Jika tidak, anda pasti akan mengalami masalah di kemudian hari..

Saya bersimpati dengan nasib Fiza. Namun begitu, saya tidaklah berpandangan negatif dengan bisnes Zhulian tetapi tidak suka dengan sikap sesetengah leader yang terlalu memaksa; samada di dalam bisnes Zhulian ataupun di dalam apa juga bisnes yang berkaitan. In fact, saya juga ada mengenali dan masih berhubung dengan beberapa leader Zhulian yang bersikap positif dan sangat berjaya. Walaupun sekarang ni Fiza rasa menyesal kerana telah merugikan masa dan tenaga dan wang ringgit, percayalah suatu hari nanti Fiza akan sedar bahawa Fiza telah belajar sesuatu dan ini merupakan sebuah pengalaman yang sangat berharga.

Saya sendiri pernah merasa sangat menyesal namun mula menyedari kelebihan menyertai Zhulian kerana saya banyak belajar tentang prospecting, presentation, customer service dan pelbagai ilmu tentang sales dan marketing. Alhamdulillah, ilmu ini telah membantu menjadikan saya berjaya di dalam bisnes unit trust yang saya jalankan sekarang.

Setiap orang pasti akan mengalami kerugian, samada sedikit atau banyak, dan semasa muda ataupun tua. Jika Fiza tidak pernah rugi semasa muda, Fiza mungkin akan rugi lebih banyak pada usia tua nanti.

Anyway, jangan berputus asa untuk meningkatkan hidup Fiza. Good luck!