MLM: Baik atau Buruk?

Sebenarnya bila kita bercakap pasal MLM ni ramai yang suka dan ramai jugak yang tak suka.

Sebenarnya saya sendiri pernah mencapai pangkat Diamond di dalam syarikat Zhulian. Namun begitu, saya tidak bertahan lama. Saya juga pernah merasa sangat menyesal dan serik dengan MLM. Namun begitu, setelah hampir dua tahun berlalu saya mula nampak kebaikan-kebaikan yang telah saya dapat dengan menyertai MLM dan mula sedar bahawa MLM memberi peluang yang sangat baik cuma ia tidaklah semudah yang disangkakan.

Di bawah ini merupakan pandangan saya tentang MLM.

1. Baik jika anda menyertai sesebuah syarikat MLM untuk membeli barang dengan harga lebih murah

2. Baik jika anda ingin menambahkan kenalan yang pastinya akan terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat

3. Baik jika anda ingin belajar meningkatkan cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain

4. Baik jika anda berminat di dalam bidang keusahawanan kerana usahawan adalah penjual (Businessman is salesman). Jika anda ingin menjadi seorang usahawan tetapi tidak mahu menjual, anda SILAP! Sebagai usahawan anda perlu menjual produk/perkhidmatan anda dan MLM merupakan satu cara terbaik untuk mempelajari teknik-teknik melakukan jualan dan menjadi seorang salesman yang cemerlang.

5. Baik jika anda merupakan seorang pengguna yang berpuashati dengan produk yang ditawarkan dan ingin mengesyorkannya kepada rakan-rakan dan saudara-mara.

Namun begitu, MLM akan menjadi tidak baik jika anda melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menyertai MLM semata-mata untuk mengaut keuntungan

2. Tidak menjual produk tetapi menumpukan kepada recruiting ahli baru

3. Memujuk ahli baru mengeluarkan modal yang besar walaupun anda tidak yakin dia dapat menjual produk yang telah dibeli

4. Menggunakan teknik paksaan di dalam membuat jualan

5. Menipu tentang kelebihan sesuatu produk bagi mendapatkan sales

6 thoughts on “MLM: Baik atau Buruk?

  1. minn

    salam,
    mungkin puan berminatdgn business kami yg mudah dan telus. syarikat yg kukuh dan tidak perlu menjual produk…sila rujuk majalah POTENSI keluaran bulan Jun nanti.
    terima kasih

    <abbr>minn´s last blog post..</abbr>

  2. storm

    Salam Pn Fadzilah,

    seharian suntuk saya membelek2 blog puan, TAHNIAH! blog yg amat menarik sekali.

    niat asalnya nk cari ayat power untuk buat flyers business,last2 terleka dek keMANTAPAN blog yg Pn persembahkan. TAHNIAH sekali lagi.

    Siang2 saya ingin katakan, saya bukan ingin promosi business saya tetapi sekadar ingin membantu rekemenkan suplement dari company saya untuk menguruskan badan. SOD PH REVERSE nama produk tu. Pn boleh lihat kebaikan ubat tu dalam blog saya, http://www.northernbionaf.blogspot.com

    Disamping tu, Pn boleh menjana pendapatan sampingan yg lumayan seperti yang saya telah nikmati. Tambahan pula, komuniti sesama ahli sangat utuh dan puan boleh lihat keharmonian komuniti kami di http://www.northernbionaf.com/forum

    p/s: comelnya anak pn nama iqbal tu. (:

  3. amirul

    salam hormat…saya tertarik dengan kisah diatas, menjadikan pengalaman dan kegagalan oarang lain sebagai pengajaran yang amat berguna untuk saya…saya bukannya nak promote mengenai bisnes yang saya buat ini, tapi lebih kepada sharing sekurang-kurangnya dapat membantu kita yang Islam ini meningkatkan ekonomi keluarga dan mempunyai wang simpanan menyamai 6 bulan gaji…kalau nak harap simpanan duit gaji MEMANG TAK DAPAT NAK BUAT!!! huhuh memang berat nak dicapai, tapi kena usaha…usaha yang sama sebagaimana kita berdoa kepada Allah….Insyallah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *