Komen Dari Pembaca : Saya Sedang Cari Kerja Part Time, Patutkah Saya Menyertai Zhulian?

Hari ini saya mendapat satu komen daripada pembaca yang bernama Idaazwe berkenaan bisnes Zhulian. Kalau diikutkan komen ni agak tergantung sebab penulis tidaklah  menanyakan soalan secara terus kepada saya. Tetapi memandangkan ramai yang bertanya kepada saya tentang perkara ini, saya rasa terpanggil untuk berkongsi komen ini dengan rakan-rakan yang lain.

Komennya adalah seperti berikut:

saya sedang cari kerja part time.kawan saya ada ajak join zhulian ni..but saya jenis wa-was sal sblm no dah banyak kawan2 promote bisnes ni but hati tak terbuka nak join benda ni.so skrg 50-50 sal saya memang perlukan part time nak tampung kos hidup skrg ni. tengok bisnes zhulian ni cam best sal tak la kerja berat sngat just perlu komunikasi but saya jnis pemalu plk..

Jawapan saya:

Setiap bisnes mempunyai cabaran tersendiri, termasuklah bisnes MLM. Walaupun biasanya rakan-rakan yang mengajak kita akan cuba meyakinkan kita dengan mengatakan bahawa bisnes ini hanya memerlukan modal yang rendah dan sangat mudah dilakukan, namun hakikatnya untuk berjaya banyak benda yang perlu dikorbankan termasuklah dari segi tenaga dan wang ringgit.

Saya tidak tahu situasi kewangan saudari. Jika saudari memang benar-benar kesempitan wang pada masa ini dan ingin menambah pendapatan dalam masa yang singkat, saya sarankan saudari mencari kerja part time yang lebih bersesuaian. Ini kerana saya risau dengan menyertai bisnes sebegini masalah kewangan saudari akan menjadi lebih teruk.

Ini kerana berdasarkan pengalaman peribadi saya, menyertai MLM memang memerlukan modal permulaan untuk mendaftar, membeli stok, mengikuti kelas dan seminar, duit minyak dan belanja tambahan untuk membuat temujanji dengan kawan2 dan sebagainya.

Tidak dinafikan ramai yang berjaya di dalam bisnes MLM walaupun mereka betul-betul kesempitan wang di peringkat awal. Tetapi mereka ini biasanya mempunyai semangat dan jati diri yang sangat tinggi dan sanggup bekerja keras. Adakah saudari tergolong di dalam golongan ini? Jika ya, saya rasa ini merupakan peluang yang baik untuk saudari.

Saya juga menggalakkan saudari menyertai bisnes ini jika saudari mempunyai sedikit modal untuk dilaburkan dan tidaklah mengharapkan pulangan yang terlalu cepat. Ini kerana menceburkan diri di dalam MLM boleh memberi banyak kebaikan terutamanya boleh membantu kita meningkatkan kemahiran komunikasi dan sebagainya. Dan memandangkan saudari seorang yang pemalu, mungkin ia sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan menghilangkan rasa malu pada diri saudari.

Saya harap jawapan saya dapat mengurangkan kekusutan di hati IdaAzwe dan juga rakan-rakan yang sedang mengalami masalah yang sama. Saya juga sangat mengalu-alukan komen daripada para pembaca lain bagi membantu IdaAzwe membuat keputusan yang lebih tepat.

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge