Kenapa Saya Berhenti Melakukan Bisnes Zhulian?
Hari ini saya telah membaca satu komen daripada pembaca saya iaitu Fiza Pareb seperti berikut:
Saya saja je nak tanya..sebenarnya saya terbuka email nie masa saya cari prospek tuk zhulian.saya nak tanya kenapa akak berenti?dah banyak ke modal akak kuarkan?mesti akak dah sampai tahad DIAMOND and dah dapat tabung kete..seaba tu akak berenti..sebab ramai yang saya dah jumapa sumenya mcm tu..lebih membuktikan lagi jiran saya pn mcm tu..dah dapat kete..kurang setahun terus berenti..nape ye?leh share..dan nasihat akak tuk saya yang dah join hmpir 7 bulan dan dah bermodal sndiri hmpir rm8000, dh mkn B-young tapi nak cari prospek pn susah dan x capai2 pn lg SE.sedih tak? untuk pengetahuan akak saya hampir putus asa dan pada pendapat saya bukannya menguntungkan, merugikan ada.emas lebuh..duit pn lesap..
Kerana jawapan kepada soalan ini agak panjang dan mungkin boleh dijadikan panduan kepada rakan-rakan yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk menulis post ini instead of menjawab komen Fiza di bahagian komen.
So, nak tahu kenapa saya berhenti? Soalan cepu emas ni. Rasanya itulah jugak yang menjadi persoalan upline saya dulu.
Terdapat banyak sebab yang telah mendorong saya untuk terus berhenti daripada bisnes Zhulian. Namun begitu antara sebab yang utama adalah kerana tidak tahan dengan sikap upline yang suka memaksa dan suka mengambil kesempatan terhadap saya dan juga terhadap prospek saya di dalam bisnes Zhulian. Disebabkan sikapnya yang terlalu memaksa di dalam membuat sales, saya merasa sangat tertekan.
Maklumlah masa tu saya agak muda (saya menyertai bisnes ini semasa berumur 23 tahun), jadi saya menghormatinya dan menerima segala perlakuannya terhadap saya dan prospek saya. Namun, setelah beberapa lama saya nekad untuk berhenti kerana tidak dapat mengikuti cara yang diamalkannya dalam melakukan bisnes Zhulian.
Nasihat saya kepada yang nak melakukan bisnes, andainya anda berminat untuk melakukan sesebuah perniagaan MLM atau apa juga bisnes yang melibatkan upline dan downline, janganlah terus mendaftar dengan orang pertama yang anda jumpa sebaliknya cari seorang leader yang anda rasa anda boleh bekerja dengannya. Jika tidak, anda pasti akan mengalami masalah di kemudian hari..
Saya bersimpati dengan nasib Fiza. Namun begitu, saya tidaklah berpandangan negatif dengan bisnes Zhulian tetapi tidak suka dengan sikap sesetengah leader yang terlalu memaksa; samada di dalam bisnes Zhulian ataupun di dalam apa juga bisnes yang berkaitan. In fact, saya juga ada mengenali dan masih berhubung dengan beberapa leader Zhulian yang bersikap positif dan sangat berjaya. Walaupun sekarang ni Fiza rasa menyesal kerana telah merugikan masa dan tenaga dan wang ringgit, percayalah suatu hari nanti Fiza akan sedar bahawa Fiza telah belajar sesuatu dan ini merupakan sebuah pengalaman yang sangat berharga.
Saya sendiri pernah merasa sangat menyesal namun mula menyedari kelebihan menyertai Zhulian kerana saya banyak belajar tentang prospecting, presentation, customer service dan pelbagai ilmu tentang sales dan marketing. Alhamdulillah, ilmu ini telah membantu menjadikan saya berjaya di dalam bisnes unit trust yang saya jalankan sekarang.
Setiap orang pasti akan mengalami kerugian, samada sedikit atau banyak, dan semasa muda ataupun tua. Jika Fiza tidak pernah rugi semasa muda, Fiza mungkin akan rugi lebih banyak pada usia tua nanti.
Anyway, jangan berputus asa untuk meningkatkan hidup Fiza. Good luck!
Let's Grab the greatest opportunity!!
Salam.terima kasih atas perkongsian tips dan pengalam pengalaman cik di dalam bisnes zhulian. Pada ketika ini, saya sedang melakukan bisnes zhulian dgn amat aktif.baru 5 bulan join.fught utk pangkat SM mmg byk pengalaman yang kita dpt setelah melibatkan diri di dalam sesuatu bisnes.tambahan MLM.saya melakukan bisnes ini secara part time aje.!bagi saya tidak ada rugi nye kita mencuba ape ape peluang bisnes.yang penting kita perlu byk bersabar dan percaya.ape ape pun bisnes semangat kita perlu tebal.jgn takut dgn modal,sebab sekeliling kita adalah modal.Cuma kita kena fikir REZEKI.jgn salahkan upline @ downline. sekiranya kita nk,kita aje yang perlu berusaha dan terus usaha.pendek kata, terpulang atas diri kita.saya x menyalahkan sesiape.cuma hendak berkongsi pengalaman.MLM adalah bisnes yang terbaik bagi org yang tidak mempunyai modal yang besar.
Bukan Senang nk Jadi Senang..!!!! Percayalah, tuhan X zalim…
salam…
saya bersetuju ngan pendapat akak n turut bersimpati ngan fiza… upline mmg memainkan peranan penting…
saya juga salah seorg ahli zhulian… alhamdulillah upline2 saya sgt memberi dorongan dn berganding bahu bersama. saya hanya buat part time dan kerana bekerja dgn slow, dh 4 bln baru berjaya jd SE…
tetapi… ada kawan2 saya dlm masa 6 bulan dh dapat diamond. inilah kuasa upline… kita tak perlu bekerja teruk atau secara typical… kita perlu gunakan cara yg termudah dn barulah kejayaan mampu dicapai tanpa stress n rasa terpaksa… saya amat bersyukur kerana mempunyai upline2 yg mamberi sokongan… byk dh program MLM lain yg saya join…. baru kini saya jumpa yg TERBAIK dan mmg saya yakin kejayaan akan dicapai… sesiapa yg pernah mencuba dan rasa fed-up, cuba beri peluang kepada diri… kalau mmg dh patah hati… saya tak boleh nk buat apa… tapi kalau ada ruang di hati, contact saya utk kita berkongsi tuah diamond2 upline sy yg dh berjaya….
ada yg dh 3 kali join zhulian di tmpt lain, tapi gagal… sebaik shj join di sini, dlm masa 3 tahun alhamdulillah dh jd diamond… dia lmbt skit jd diamond kerana semangatnyer pada awalnyer pudar… alhamdulillah akhirnya berjaya juga…
hubungi saya di
016-5247876
wasalam..
SALAM..
sy tertarik dgn topik ini kerana sy baru shj genap sebulan meyertai zhulian..
umur sy pn masih muda 23 tahun..
klu nk diikutkan majoriti yg meyertai zhulian merupakan golongan surirumah…
wlu pn begitu, memandang kn sy masih muda sy tak merasa segan untuk menyertai zhulian…
malah sy berbangga dgn golongan surirumah seperti upline2 sy yg berusaha memperkasakn diri dlm zhulian..
hampir setiap pagi sy akan pergi ke agensi, disana mereka akan memberi kita semangat dan ransangan untuk lebih berjaya..
malah mereka akan berkongsi pengalaman mengenai pahit manis semasa menyertai zhulian..
sy sgt berbangga dpt knl dgn mereka yg berjaya sehinng ke pangkat DIAMOND dan ROYAL CROWN MAnager…
bagi saya mendapat kejayaan bukan mudah…
setiap kejayaan disulami dengan cabaran…
kepada Fiza, cubelah ubah cara anda, mungkin upline anda tersilap cara untuk memajukan anda…
sy juga menyokong yang sebelum menyertai MLM, kita hendaklah bijak memilih upline yang memahami dan mendorong kita…
bukan lah mendapat upline yang mementingkan diri…
syukur alhamdulillah saya menyertai zhulian dan upline sy merupakan Finalis ikon wanita 2009…
seorang doktor yg cekal dan bijak dalam marketing..
malah dia mulakan bisnes zhulian pada awalnye bermula dengan Modal hanyalah RM500…
sekarang dia telah mempunyai agensi zhulian sendiri…
untuk berjaya modal bukan ukuran…
tetapi cara kita adalah sgt penting….
saya harap fiza tidak cepat mengalah…
jgn sia2 kan modal yang anda telah laburkn…
kita sama-sama berusaha k…
saya doakan fiza berjaya….
saya juga sedang mencari tips untuk mencari prospek, kerana saya sangat tidak mahir untuk mencari prospek…
pepun selalu kan lah nyanyi lagu sudirman "kau Boleh"
semoga kita lebih bersemangat mencari rezeki dalam Zhulian..
Zhulian best!!!
Assalamualaikum…
saye perasan, semua yang masuk adalah orang muda…
jika ada yang sekitar shah alam, sila sms saya..0197752767
kita boleh buat secara berjemaah( zhulian) ..insyaallah…yang saya nak ingatkan, jgn nawaitu kita untuk menjadi kaya raya…nawaitu kita hanya lah untuk membantu sesama kita, ibu-bapa kita…dan bangsa kita..
semoga tuhan memurahkan rezeki kita..
Assalamualaikum..Saya juga tertarik dgn topik ni..cane dgn Fiza tu ye..harap2 klu dia tebaca email ni membuatkn dia jadi semangat balik utk teruskan perniagaan dlm Zhulian ni..akk pn ari ni genap sebulan akk masuk zhulian..dgn ada nya upline yang bertanggungjawab akk dh pn SE dlm ms 1 bulan shj..akk masuk ni pn sbb akk nk cr penapis air..sbb ank akk ade masaalah kulit..alhamdulillah dgn izin Allah skrg dh beransur pulih..teruskan la fiza..syg je..kt cni pn kite dpt byk ilmu kan..?jgnla cpt givup…
saya baru seminggu menyertai Zhulian. saya cuak juga bila baca luahan fiza. tapi bersemangat balik bila baca komen yang lain2 tu. saya buat part time je. tapi cadang nak buat online dan nak set up group Kutu. mungkin itu cara bagus nak maintain sale. doakan saya berjaya. saya nampak Zhulian boleh bertahan sejak dulu. dengan harga emas yang makin naik, juga orang yang semakin jahat dengan ragut dan rompak, trend manusia yang sudah memilih utk simpan duit di bank berbanding dulu dulu simpan emas. saya rasa itu menjadi kekuatan berterusan untuk mencari prospek. doakan saya berjaya. Amin.
SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR BERJAYA DALAM PERNIAGAAN ZHULIAN INI. PERNIAGAAN INI BUKAN SAHAJA BERJAYA MEMBERI PENDAPATAN SAMPINGAN, MALAHAN ILMU & PENGALAMAN ADALAH AMAT BERHARGA DAN BYK MENGAJAR SERTA BERI PELUANG UNTUK KITA MENGENALI LEBIH RAMAI RAKAN….
BOLEH HUBUNGI SAYA DI- madiehah@gmail.com KEPADA YANG BERMINAT
-WASSALAM-
sape2 dok area ampang, kl or shah alam boleh la contact upline saya ni – zaihan 013-3422104. dia upline yang bagus. saya dah setahun join zhulian tapi akibat kekurangan modal (sebab saya tak bekerja), saya masih lagi tak mampu nak beli apa2. tapi saya respect kat upline saya ni, walaupun saya tak aktif tapi dia tetap kembangkan network saya sehingga hampir ke pangkat SE. Upline macam ni yang patut dicontohi, tak tamak. Sanggup tolong downline cari downline lain. Yang penting tak memaksa. Insya Allah next month saya mula bekerja semula dan saya nak bergiat aktif dalam zhulian ni. Nak call saya pun boleh, nanti saya introduce kat Kak Zaihan. My number 019-3992701
Good luck untuk Hadijah jugak!
Assalamualaikum teman sekalian,
Fieza..nama kita pun sama…semangat kita Insyaallah pun akan sama …sy jenis yg suka cuba byk MLM..@ pe jua bisnes…. apa yg jadi sy anggap HIKMAH yang pasti ada di depan & sy hanya perlu berjln menuju ke sana…mmg lah perit modal dh kuar byk..tp bisnes x menjd..tapi sy NEKAD… ALLAH mesti dah susun sesuatu yg kita x pasti apakah utk kita…tp sy simpan dlm hati… jgn buruk sangka dgn PENCIPTA kita…. sy ada cara mudah utk di kongsi… ada kelapangan sla hubungi saya …kita leh kongsi utk yg TERBAIK….insyaallah….fieza 012-2516239 (shah alam)
Betul, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya.
Assalamualaikum,
Saya baru menyertai Zhulian pada July 2011. Ketika itu 2 minggu lagi nak tutup sale tetapi dalam masa 2 minggu, saya telah berjaya menjadi SE. Bagaimana saya melakukannya? Begini cerita saya :
Untuk pengetahuan semua, saya adalah seorang yg sangat anti dengan perniagaan berteraskan MLM ini. Adik saya adalah seorang yg sangat aktif dalam sebuah perniagaan MLM dimana kita harus melaburkan beberapa ribu ringgit dan beliau telah berjaya utk peringkat awalnya. Tetapi saya tetap tidak berminat dengan kejayaan awal itu dan sedikitpun tidak menarik perhatian saya untuk mencuba. Biarpun demikian, saya adalah seorang yg sangat positive untuk mengetahui bagaimana rahsia seseorang itu boleh berjaya dalam perniagaan MLM. Oleh itu, apabila jiran saya memperkenalkan saya dgn seorang diamond Zhulian Agensi Shah Alam, saya mem positive kan diri dan hati (spertimana juga saya postivekan diri untuk mengetahui bagaimana adik saya berjaya) untuk mengetahui bagaimana beliau boleh berjaya menjadi diamond dalam masa 8 bulan dan berpendapatan sekitar RM10k dalam masa 5 tahun. Suami saya yg berpangkat Jurutera pun mengambil masa hampir 13 tahun utk mencecah pendapatan seperti itu.
Di Zhulian Agensi Shah Alam, di sediakan formula dan cara bagaiman untuk menjadi SE dalam masa 1-3 bulan (saya memperolehinya hanya dalam masa 2 minggu sahaja ! sesuatu yg tidak saya jangkakan) … di sana juga di ajar cara bagaiman untuk mendapat pangkat Diamond dalam masa sekurang-kurangnya 9 bulan atau selewat-lewatnya 12 bulan selepas mendapat pangkat SE. Di sana juga, di ajar cara dan ada formula bagaimana utk mendapatkan ganjaran kereta idaman dalam masa 3 bulan selepas naik ke pangkat Diamond.
Saya tertarik dengan formula dan cara yang di ajar di Zhulian AGensi Shah Alam. Saya pernah menyertai Zhulian pada usia 22 tahun dan tidak berterusan kerana saya tidak ada formula dan cara bagaimana untuk berjaya. Sekarang saya bermula kembali pada usia saya 37 tahun dan saya sedang bergerak dengan di bantu oleh diamond saya.
Untuk pengetahuan semua, Zhulian Agensi Shah Alam mempunyai seorang leader yang sangat berkarisma dan akan membantu semua ahlinya berjaya. Bayangkan, hanya dalam masa 1 1/2 tahun dia memperkenalkan formula dan cara tersebut , beliau telah melonjak naik sebagai Top Distributor 2010.
Saya juga semakin sihat dan kurus dengan mengamalkan product kesihatan Cik Zhu ini …
Kepada anda yg berfikiran sangat positive dan ingin mengubah diri anda, saya sangat alu2 kan anda untuk mengetahui bagaimana cara dan formula yg membolehkan saya mencapai pangkat SE dalam masa 2 minggu, dan bagaimana diamond2 di agensi shah alam boleh berjaya dalam beberapa tahun sahaja, sila lah hubungi saya ; 019-2507879 .. mendengar bagaimana caranya tidak lah menjadi kerugian atau kesalahan yang besar pada saya… tapi adalah satu kerugian sekiranya kita asyiklan me negative kan diri kita dari mendengar bagaimana seseorang itu berjaya.
Sebenarnya saya tak suka approve komen-komen berunsur iklan macam ni. Tapi takpe, kali ni saya bagi can ye.
Saya doakan Puan Anor terus berjaya.
Salam…
Baru smlm sy join Zhulian.Antara setuju & x setuju..entahlah sbb mmg duit nak dijadikan modal tu mmg lansung x ada=0..tp upline saya mmg seorg yg baik.Down juga mula2 baca komen Fiza..ingt nak megundurkan diri je..sbb sblm2 nipun sy ada bnyk menyertai biz cam ni..& x berjaya.Beribu2 duit lesap,hgga saat ni 0 dlm acct. saya,apapun sy berminat utk menceburi Zhulian..walaupon resiko yg akan saya alami mgkin sama spt bisnes2 lainnya.Kita kena yakin..dgn usaha & doa kita akan berjaya.amin
Kalau upline baik, insyaAllah mesti okay.
salam……..
saya dah ceburi Zhulian hampir sebulan. Namun, hasil tak de apa2 almaklum tak gerak pun. mujur upline terus menasihati dan mengajak untuk sama2 berjaya. masalah saya sekarang, modal langsung takde dan lagi merumitkan bila malam nak kena pi Zhulian Shah Alam sedangkan rumah saya kat Gombak KL. Saya suka dengan bisnes ni, tp seribu masalah yang mendatang. Doakan akan kejayaan dan diberikan kekuatan mental serta fizikal menempuh beribu dugaan ini
Saya doakan kejayaan Linz. Jangan mudah patah semangat ya. Walau apapun bisnes yang kita buat, kalau buat betul-betul, pasti boleh berjaya.