Bermula Kembali

Hari ni tak tahu kenapa semangat lain macam.

Semangat sangat nak kurus.

Fikir punya fikir, saya nak diet dengan Herbalife. Untuk cepatkan lagi, saya akan buat Herbalife + Atkins.

Tapi bila contact seller Herbalife, lambat reply. Jadi malam ni ajak En Wan ke Jusco dan untuk beli Ensure With FOS yang dikatakan sama berkhasiat macam Herbalife.

Bila dah sampai farmasi, ternampak pulak produk detox Juvanex. Bila nampak kandungan karbohidrat dia yang sedikit, terus beli. Tapi tetap beli jugak Ensure With FOS in case lapar.

Selain tu beli Green Tea Jasmine yang takde gula, beli sosej, beli burger, beli snek rumpai laut, beli tomato dan juga bekas air 2 Liter untuk diletakkan di dalam bilik. Semangat kan?

Dah lama tak timbang berat. Jadi sebelum memulakan diet, kenalah timbang dulu kan. Sekali timbang, terkejut sangat. 90.7 Kg.

Patutlah rasa cepat sangat penat.

Dengan semangat yang membara ni, saya yakin saya mampu capai berat idaman. Tungguuuuuuu… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *