Nak buat apa dengan daging cincang, telur dan daun sup?

Lauk yang ada hanya tinggal daging cincang. Fikir punya fikir, last-last saya decide untuk masak Roti John.

 

Resepinya..

100gm daging cincang (dibersihkan dan ditoskan)

2 biji bawang putih (dicincang)

1 sudu serbuk kari daging

1/2 sudu teh garam

1 batang daun sup (dipotong halus)

3 biji telur

Roti sosej (tapi saya guna roti keping yang biasa je)

Kobis (dihiris nipis)

Sos cili & mayonis

 

Cara-caranya..

 

Langkah pertama.

1. Bersihkan daging cincang.

2. Gaulkan daging cincang dengan bawah putih, serbuk kari, garam dan perasa (pati ayam @ lada sulah @ lada hitam @ ajinomoto).

3. Gaul hingga sebati.

4. Masakkan di atas dapur sehingga air daging kering.

 

Langkah kedua.

1. Campurkan daging, telur dan daun sup.

2. Letakkan marjerin atas kuali leper, letakkan campuran tadi secukupnya. Bila hampir masak, letakkan roti dan terbalikkan.

3. Angkat dan hidangkan dengan sayur, sos cili dan mayonis.

 

Selamat mencuba!

 

2 thoughts on “Nak buat apa dengan daging cincang, telur dan daun sup?

  1. hayrin

    puan, boleh tak klau tunjuk gambau yer skali… teringin nak tengok rupa roti john ciptaan puan… mesti menyelerakan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *