“Failure should be our teacher, not our undertaker. Failure is delay not defeat. It is a temporary detour, not a dead end.” — Denis Waitley

Hari ini saya ingin berkongsi kata-kata hikmah berkenaan kegagalan. Kegagalan itu bukanlah satu perkara yang muktamad. Ia hanyalah satu lencongan atau ganguan sementara sahaja.

Lagi satu, kegagalan itu sebenarnya satu feedback kepada kita untuk kita menukar strategi. Melalui kegagalan, kita akan membuat ‘post-mortem’ dan mengkaji apakah perkara yang boleh diperbaiki. Dengan cara ini, kita akan menjadi lebih berjaya.

Salah satu perkara yang menyebabkan saya seronok melakukan bisnes unit trust adalah kerana melalui bisnes ini saya dapat bertemu dengan pelbagai individu termasuklah usahawan-usahawan yang berjaya dan juga orang-orang yang berjawatan.

Saya sering bertanya mereka tentang perjalanan hidup mereka dan tidak ada seorang pun yang berjaya dengan mudah. Mereka pernah gagal berkali-kali. Tetapi oleh kerana mereka tidak berhenti mencuba, akhirnya mereka berjaya mencapai apa yang diimpikan.

Contoh ini bukanlah untuk orang yang terlibat di dalam bisnes semata-mata, sebaliknya sesuai untuk rakan-rakan yang bekerja makan gaji samada di sektor kerajaan mahupun swasta. Sebagai contoh, ada seorang klien saya yang sekarang bekerja sebagai Senior Project Engineer dengan sebuah syarikat GLC tersohor di Johor.

Pada peringkat permulaan selepas menamatkan pengajian, dia pernah bekerja di 7 Eleven pada gaji yang tidak seberapa selama beberapa tahun kerana susah untuk mendapatkan pekerjaan.Namun begitu, beliau tidak pernah putus asa untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan kelayakan beliau. Berkat kesungguhan beliau, akhirnya beliau berjaya mendapat kerja idaman dengan gaji dan insentif yang sangat baik.

Kisah beliau ini hampir sama dengan kisah hidup beberapa orang klien saya yang sekarang berjawatan tinggi di sektor kerajaan. Ini kerana pada peringkat awal mereka telah melakukan pelbagai kerja sampingan sebelum berjaya menjawat jawatan di sektor kerajaan. Disebabkan pengalaman pahit di dalam mendapatkan pekerjaan, mereka telah bekerja bersungguh-sungguh dan berjaya mendapat pangkat dan kedudukan yang sangat selesa.

Diharap kisah-kisah ini dapat dijadikan panduan kepada rakan-rakan yang sedang mencari pekerjaan. Walaupun kadangkala anda mungkin merasa sangat tertekan, teruskan berusaha dan jangan cepat berputus asa. Saya doakan kejayaan anda!

p/s : Seorang kenalan saya telah gagal di dalam 21 temuduga sebelum mendapat kerja mengikut kelulusan beliau. So, selagi belum cukup 21 temuduga yang anda gagal, jangan tension ye!! 🙂

One thought on ““Failure should be our teacher, not our undertaker. Failure is delay not defeat. It is a temporary detour, not a dead end.” — Denis Waitley

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *