Tahu Tak Tentang Fenomena Lin-Sanity Yang Sedang Hangat Di Internet?

Tadi ternampak ringkasan berita TV Singapore tentang fenomena Lin-Sanity yang sedang melanda dunia internet.

Lin-Sanity merujuk kepada ketaksuban para peminat sukan bola keranjang kepada seorang pemain bola keranjang yang popularitinya naik mencanak-canak semenjak awal bulan Februari tahun ini iaitu Jeremy Lin dari kelab New York Knicks yang merupakan sebahagian dari NBA (National Basketball Association).

Jeremy Lin yang popular dengan mendadak semenjak awal Februari 2012

Salah satu sebab Lin menjadi popular adalah kerana dia berjaya memecahkan pelbagai rekod dalam masa seminggu dia menyertai NBA, sedangkan sebelum ini dia telah ditolak oleh pelbagai kelab.

Untuk bacaan lanjut tentang Lin, boleh rujuk di sini dan di sini 

Menurut artikel ini, berikut adalah rekod yang dipecahkan oleh Lin.

Jeremy Lin has scored 136 points in his first five games with the Knicks, more than anybody since the NBA and ABA merged in 1976.

Sejauh mana kepopularan Jeremy Lin dalam tempoh kurang sebulan?

Menurut artikel ini,

Google searches for his name are more popular in recent weeks than for sports royalty such as Kobe Bryant, Tiger Woods and David Beckham.

A search for “Jeremy Lin” on online auction house eBay turns up more than 15,000 Lin-related items, from “Linsanity” T-shirts for as little as $8.99 to a trading card from his rookie year with the Golden State Warriors for $68,888.

The uniform the 23-year-old Lin wore for his first game with the Knicks, in which he played just one minute and 27 seconds and missed his only shot, sold on eBay for $40,000 this week.

Gempak tak? Siapa sangka seseorang boleh meningkat naik macam ni dalam hanya sebulan. MasyaAllah.. hebat!

Pada pendapat saya, antara sebab populariti Jeremy Lin mencanak-canak adalah kerana :

1. Berjaya pecahkan rekod dalam permainan bola keranjang.

2. Berketurunan Cina.

3. Pegangan agama yang kuat. Dia merupakan seorang Kristian yang taat dan selalu merendah diri dan menghargai segala nikmat tuhan.

4. Dia mempunyai akaun YouTube iaitu TheJlin7 yang memaparkan rakaman video yang dibuat sebelum dia popular.

5. Dia merupakan graduan Harvard dalam bidang ekonomi.

6. Muka yang hensem. 🙂

 

Kalau Jeremy Lin boleh, tak mustahil kita juga boleh pecahkan rekod dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Manalah tahu lepas ni Fadzilah Mamat pulak yang glamer seantero dunia. Jadi international motivational speaker ke. Wohooo!

 

6 thoughts on “Tahu Tak Tentang Fenomena Lin-Sanity Yang Sedang Hangat Di Internet?

  1. Yati

    Kalau akak buat sale 30 juta, mesti glamer jugak kan. Yelah, akak ni kan tak berapa lawa. Pastu tak stylo. Kalau boleh pecahkan rekod kak Yana, memang kompem glamer kat public mutual. (mood berangan) 🙂

    Yang nak glamer jugak,
    Rohayati Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *