Percintaan sesama Rakan Sekerja

Berbalik kepada fakta kelima tentang KPLI yang telah saya berikan semalam iaitu tentang ramai peserta KPLI yang bercinta dengan rakan sekursus, saya ingin berkongsi satu fakta yang sangat menarik tentang percintaan sesama rakan sekerja.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Vault (“nama yang paling dipercayai di dalam informasi kerjaya di US”), hampir 60 peratus pekerja di US telah dan sedang terlibat di dalam percintaan sesama rakan sekerja. Dan daripada baki 40 peratus pekerja yang tidak terlibat, 9 peratus mengakui bahawa mereka juga teringin untuk mengalami percintaan sebegini.

Bagaimana pula situasi anda sekarang? Adakah anda sedang bercinta dengan rakan sekerja? Atau adakah sahabat anda sedang hangat bercinta dengan rakan sekerjanya? Walaupun ramai orang cuba mengelak daripada bercinta di tempat kerja, namun samada kita sedar atau tidak, situasi ini merupakan satu perkara yang menjadi semakin common di dalam masyarakat kita sendiri.

Jika pasangan yang bercinta kedua2nya adalah bujang, pasti tiada masalah. Namun begitu, jika salah satu atau kedua2 pasangan sudah berumahtangga, ini pasti menjadi satu gossip panas di tempat kerja. Yang penting setiap pasangan hendaklah pandai menjaga diri agar tidak menjadi bahan gossip rakan-rakan sekerja dan pastinya akan mengakibatkan prestasi kerja mereka terganggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *