Pejabat Cyberport Johor Yang Cantik & Peluang Untuk Sewa Ruang Pejabat @ Bilik Meeting
Pagi tadi saya ke pejabat Cyberport Johor Bahru yang terletak di Menara Sarawak, Jalan Bukit Meldrum (berhampiran Stulang).
Suka sangat interior dan exterior pejabat Cyberport ni. Berikut adalah gambar kawasan santai di tingkat 29.
Cantik dan tenang je kan?
Kat bawah ni pulak adalah pemandangan Johor Bahru dari tingkat 29 .
Seberang Selat Tebrau tu adalah Singapore.
Yang warna hijau tu bangunan CIQ yang baru siap.
Cyberport ni ada menyediakan perkhidmatan sewa pejabat, cubicles dan juga bilik meeting pada harga yang sangat berpatutan.
Untuk bilik meeting ada 3 pilihan. Bilik kecik yang boleh menempatkan dalam 5-8 orang bayarannya sebanyak RM20 sejam.
Bilik yang agak besar dan boleh menempatkan lebih 20 orang pula bayarannya dalam RM30 sejam.
Dan kalau nak nampak ekslusif, boleh sewa bilik mesyuarat yang sangat gah di tingkat 29. Yang ni harganya RM125 sejam. Bunyi macam mahal tapi kalau tengok tempatnya, memang berbaloi sangat.
Kalau nak tempah makanan dan minuman pun, pihak Cyberport boleh tolong sebab diorang dah biasa berurusan dengan katerer yang boleh diharapkan. Bagitau je budget anda, dan semuanya boleh diuruskan.
Untuk pertanyaan, boleh hubungi pihak Cyberport di sini. Jangan risau. Staf-staf Cyberport baik dan ramah belaka. Memang sangat membantu. Saya suka!
Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.
- Berhati-hati Dengan Apa Yang Kita Cakap Atau Tulis..
- Baby Ali Baca Buku