Jom Beli Pre-Opening Annual Pass Untuk Legoland Malaysia

Malam ni tergerak hati nak cari info pasal Legoland Malaysia. Siap singgah ke page tentang Legoland Malaysia di Wikipedia.

Maklumat kat Wiki ni sebenarnya tak boleh terima 100% tapi saya memang suka cari info kat sini. Sebab biasanya ia adalah gabungan artikel-artikel dari pelbagai sumber.

Antara info menarik adalah Legoland Malaysia akan dibuka pada tahun 2012 dan akan menjadi themepark Legoland pertama di rantau Asia. Ia juga dijangka mampu menarik 1.5 juta pengunjung setiap tahun.

Wah.. lepas ni makin glamerlah Iskandar Malaysia. Dan makin mewahlah orang Johor. Bila dah makin mewah, pasti makin ramai yang boleh melabur besar. Hahaha.. berwawasan sungguh saya ni. 🙂

Saya juga singgah ke laman web rasmi Legoland Malaysia iaitu http://www.legoland.com.my/

Jom tengok apa yang ada di Legoland Malaysia.

  Tak sabar nak pergi!

Maklumat lanjut tentang Legoland Malaysia..

Welcome to LEGOLAND Malaysia!

Opening end 2012, LEGOLAND Malaysia is 76 acres of adventure geared with family fun. It is packed full of more than 40 rides, shows and attractions. Nearly all of the rides are hands-on, so you can push, pull, pedal, program, steer, squirt, splash, crawl, climb and yes – build your way through a full day of non-stop fun.

The park is divided up into seven themed areas. Each theme area is designed to ensure that heroes of all ages will find much to explore and enjoy at the LEGO® experiment centres, roller coasters, water attractions and shows. The whole family can thus embark on a day-long voyage of discovery and adventure.

The centrepiece of the park is MINILAND. Here, on a scale of 1:20, famous Asian towns and landscapes have been recreated from over 25 million LEGO bricks, with loving attention to detail. To make MINILAND as realistic as possible, people, animals, cars, ships, trains and aeroplanes can be moved at the touch of a button – together with the appropriate background noises.

Aduh.. baca description pun dah teruja habis ni. Kalau bawak anak-anak, confirm diorang seronok.

Saya pun usha bahagian tiket. Ada dua jenis. One Day atau Annual Pass.

Tiket Sehari :
Dewasa : RM140
Kanak-kanak (3-11) : RM110

Annual Pass :
Dewasa : RM275
Kanak-kanak (3-11) : RM210

Untuk keluarga yang ada anak-anak kecik macam saya, rasanya elok beli Annual Pass sebab lebih jimat. Maklumlah budak-budak kan kalau dah suka, pasti nak datang lagi dan lagi.

Yang bestnya, sekarang ni ada promosi Pre-Opening Annual Pass pada harga yang jauh lebih rendah.

Pre-Opening Annual Pass :
Dewasa : RM195
Kanak-kanak (3-11) : RM150

Pre-Opening Annual Pass ni boleh dibeli melalui website http://www.legoland.com.my/News/Annual-Pass/ dan boleh digunakan daripada tarikh pembukaan sehingga penghujung tahun 2013.

Memang berbaloi-baloi.

Jom beli Pre-Opening Annual Pass. Nanti bolehlah kita sama-sama enjoyyyyyy! 🙂

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

2 thoughts on “Jom Beli Pre-Opening Annual Pass Untuk Legoland Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *