Hairan Sungguh… Part I

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Bila kerajaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong semasa berurusan dengan orang ramai.

4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.

5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa….DALAM PROSES!

8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik…tanpa faedah!.

10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

One thought on “Hairan Sungguh… Part I

  1. Al-Hikmah

    Hairan yer…wang 200.00 kelihatan begitu besar bila dimasukkan ke kotak amal masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke shopping mall…
    Hairan yer…. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk PACARAN… …
    Hairan yer…. betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati bola di TV…
    Hairan yer…. susah merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan untuk bersembang dengan teman-teman…
    Hairan yer….. betapa syoknya menonton perlawanan bola sepak pasukan favorite kita dimalam hari, tapi betapa bosannya bila Imam solat Tarawih bulan Ramadhan membaca surah panjang hingga larut malam.…
    Hairan yer…. susah sangat hendak membaca Al-Quran 1 juz saja, tapi novel best-seller 200 halaman pun sanggup dibaca….
    Hairan yer….. orang-orang akan berebut seat paling depan untuk menonton bola atau konset di stadium, tapi berebut cari shaf paling belakang bila Solat Jumaat agar cepat keluar…
    Hairan yer…..susahnya untuk mengajak orang untuk berdakwah, tapi mudahnya orang untuk pergi ke majlis untuk bergossip…
    Hairan yer….. kita begitu percaya pada yang dikatakan di dada Akhbar, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan di dalam Al Quran…
    Hairan yer…..semua orang ingin masuk surga, tapi susah untuk berlaku jujur dan khusyu' dalam ibadah, apatah lagi berlaku ikhlas dan bertaqwa…
    Hairan yer….. begitu ramai orang yang takut bila dipanggil oleh boss, pejabat, dan orang "besar" lainnya, tapi begitu banyak orang yang cuak jika ada panggilan (adzan)/ panggilan Allah..
    Hairan yer…. kita boleh mengirimkan ribuan jokes melalui email, tapi untuk mengirim yang berkaitan dengan ibadah atau agama kita sering berpikir dua-kali…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *